Khalid Gagap Mengakui Exconya Salah Guna Kuasa demi kroni

Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengakui bahawa kerajaan negeri itu sedang menyiasat kes melibatkan seorang ahli majlis yang menyalah-gunakan surat rasmi exco kerajaan untuk mendapatkan kontrak bagi kroninya.

Khalid berkata siasatan dalaman telahpun dijalankan sejak "dua atau tiga minggu lalu."

NONEBercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Khalid (kiri, tengah) juga berkata beliau berasa malu kerana hasil siasatan itu telah dibocorkan.

Beliau mengulas laporan akhbar The Star hari ini yang menyebut, ahli majlis daripada parti DAP itu juga merupakan seorang pemimpin veteran dan mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan parti negeri.

Ahli majlis berkenaan didakwa telah mendapatkan kontrak untuk kroni dan anggota keluarganya dengan menulis surat sokongan menggunakan surat rasmi seorang anggota exco.





GHOSTWRITER
Apa maksud di sebalik isu ini? Takkan Kerajaan Rakyat di bawah Khalid Gagap ini pun sama dengan UMNO yang dituduh penuh dengan kroni dan salahguna kuasa. "Kata orang, diri sendiri pun sama". Memang hipokrid betul.

Post a Comment