Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mencadangkan agar kerajaan negeri memansuhkan dasar pemberian diskaun bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor.
Katanya, langkah itu mampu memberi kesan ekonomi yang lebih baik kepada kerajaan Selangor dari segi persaingan termasuk meningkatkan keyakinan pelabur terhadap sektor hartanah di negeri itu.
Menurutnya, tidak ada sebab diskaun bumiputera dikekalkan melibatkan kedua-dua jenis hartanah itu kerana sudah tentu bumiputera yang terlibat dalam pemilikan tersebut adalah mereka yang berkemampuan.
''Jadi adalah wajar diskaun kepada bumiputera untuk pemilikan hartanah ini tidak dikekalkan kerana ia melibatkan nilai yang tinggi.
''Maknanya, bumiputera perlu berdikari dalam soal pemilikan hartanah berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Tony, pemansuhan diskaun itu mampu memberi kesan positif kepada ekonomi Selangor kerana selain mewujudkan nilai hartanah yang stabil ia juga menjadikan pasaran lebih adil.
Beliau berkata, sekiranya projek pembangunan hartanah itu melibatkan penglibatan kerajaan negeri, pemansuhan diskaun memberi keuntungan kepada kerajaan negeri berdasarkan nilai pasaran semasa dan hasilnya boleh disalurkan membantu pihak lebih memerlukan.
Bagaimanapun, katanya, cadangan tersebut hanya melibatkan nilai hartanah melebihi RM500,000 ke atas.
Tony yang juga Penasihat Ekonomi kepada Setiausaha Agung DAP turut mengkritik pelaksanaan diskaun itu yang disifatkannya tidak adil kerana mungkin digunakan oleh pihak tertentu untuk mengaut keuntungan.
''Diskaun sebanyak tujuh peratus itu membolehkan pihak tertentu khususnya orang tengah mendapatkan hartanah dengan harga rendah kemudian dijual pada harga lebih tinggi,'' katanya.
Beliau turut mencadangkan agar kerajaan negeri mengkaji semula pemberian tanah kepada anak syarikatnya yang dilihat tidak membantu dalam pembangunan hartanah di Selangor.
Menurutnya, kerajaan negeri didapati mempunyai kira-kira 50 hingga 80 anak syarikat yang kesemuanya terlibat dengan pembangunan hartanah di negeri ini.
''Keadaan ini menunjukkan kerajaan negeri memberi subsidi kepada banyak anak syarikat untuk mendapatkan tanah yang murah bagi menjalankan pembangunan berkenaan.
''Keadaan ini tidak akan menjadikan sektor hartanah di Selangor kompetitif," katanya.
sumber utusan
GHOSTWRITER
Semakin hari semakin berani si Tony ni mencabar hak bumiputera!!! Aku nak juga dengar suara PAS yang kononnya akan mempertahankan hak ini. 1Perjuangan – Islam didahulukan, Kebajikan diutamakan. Diam jer bunyi. Apa pula reaksi dari penyokong Bumiputera PR? Tak nak buat demo ker? Hak Bumi dah makin berani ditarah selepas pasir dicuri.
Post a Comment