Rejim Khalid Gagap mengganas : 2014 Rakyat KL, Selangor & Putrajaya akan mengalami krisis Air

adakah PR mahu kita menggali sebegini bagi mendapatkan air bersih?

Rejim Zionis yang diketuai Khalid Gagap telah bertindak dengan sengaja melewat-lewatkan proses pemasangan paip interstate dari Pahang ke Selangor. Ahli Majlis yang dilantik kerajaan Negeri Selangor juga turut bersekongkol dengan tidak meluluskan tanah di Hulu Langat bagi pembinaan tersebut. 

Tahukah semua? Rakyat sekitar KL, Selangor dan Putrajaya semakin bertambah saban hari. Ini menyebabkan permintaan terhadap air juga meningkat. Untuk itu, Jumlah Syabas memerlukan jumlah air tambahan bagi menampung permintaan tersebut.

Jika rundingan antara Syabas dan Kerajaan Negeri Selangor gagal, maka rakyat sekitar KL, Selangor dan Putrajaya akan mengalami ganguan air yang teruk pada tahun 2014 atau lebih cepat dari itu jika air yang ada sekarang tidak diurus dengan baik.

Dalam membantu menyelesaikan kes ini, kerajaan pusat melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah berganding bahu dengan Syabas pada Oktober 2009 bagi membina interstate paip air dari Pahang ke  Selangor. Malangnya, projek yang kini telah bermula mengalami kesukaran kerana ianya mendapat sambutan dingin kerajaan Negeri Selangor.

Bukan setakat melewat-lewatkan, Kerajaan Khalid Gagap juga turut cuba mencari jalan dengan meletakkan masalah ini kononnya berpunca dari penstrukturan semula urus tadbir air yang dimulakan oleh kerajaan Negeri Selangor semasa pentadbiran BN.

Dek kerana kewangan Syabas semakin tenat, pihak Syabas telah meminta persetujuan Kerajaan Khalid untuk meluluskan kenaikan tarif air. Sumber kewangan ini diperlukan bagi mengurus tadbir air yang melibatkan penukaran paip pecah dan paip bocor. Jika air berjaya diurustadbir dengan baik, Syabas dapat mengurangkan kehilangan air sebelum sampai kepada pengguna.

Apa yang menarik, walaupun kerajaan Khalid Gagap tidak meluluskan kenaikan tarif air, Syabas juga menghadapi tindakan mahkamah oleh syarikat yang SPLASH dan ABASS (Pakatan Rakyat mempunyai share dalam syarikat air ini) kerana gagal melunaskan pembayaran konsesi air. 

Post a Comment