PR Selangor lebih selesa memberikan alasan dari menyelesaikan masalah Rakyat

Menjawab isu SYABAS mendesak kerajaan Negeri Selangor mahu menaikkan tarif air di Blog PASberg.


Dalam penulisan blogger PASberg telah menuduh Kerajaan sebelum ini (kerajaan BN) telah bersetuju bagi memberikan kenaikkan tarif air kepada SYABAS. Seperti yang telah aku jangkakan, kerajaan Khalid Gagap pastinya akan mencari alasan dengan menuding jari bagi melepaskan diri. Sebenarnya kenaikkan tarif air memang perlu bagi membolehkan SYABAS membayar hutang tertunggaknya dengan konsesi SPLASH dan ABASS (Pakatan Rakyat mempunyai share dalam syarikat air ini).


Apa yang menarik SPLASH dan ABASS telah mengambil tindakan mahkamah terhadap SYABAS kerana gagal membayar bayaran tertunggak konsesi air tersebut. errmmmm...


Bukan setakat itu saja, Rejim Zionis yang diketuai Khalid Gagap telah bertindak dengan sengaja melewat-lewatkan proses pemasangan paip interstate dari Pahang ke Selangor. Ahli Majlis yang dilantik kerajaan Negeri Selangor juga turut bersekongkol dengan tidak meluluskan tanah di Hulu Langat bagi pembinaan tersebut.


Tahukah semua? Rakyat sekitar KL, Selangor dan Putrajaya semakin bertambah saban hari. Ini menyebabkan permintaan terhadap air juga meningkat. Untuk itu, Jumlah Syabas memerlukan jumlah air tambahan bagi menampung permintaan tersebut.


Jika rundingan antara Syabas dan Kerajaan Negeri Selangor gagal, maka rakyat sekitar KL, Selangor dan Putrajaya akan mengalami ganguan air yang teruk pada tahun 2014 atau lebih cepat dari itu jika air yang ada sekarang tidak diurus dengan baik.


Dalam membantu menyelesaikan kes ini, kerajaan pusat melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah berganding bahu dengan Syabas pada Oktober 2009 bagi membina interstate paip air dari Pahang ke Selangor. Malangnya, projek yang kini telah bermula mengalami kesukaran kerana ianya mendapat sambutan dingin kerajaan Negeri Selangor.

Post a Comment