PKR ada 'Utusan' : Utusan 'K' VS Utusan 'M'


Akhbar PKR yang diterbitkan secara tidak berkala kali ini muncul dengan judul Utusan Keadilan untuk edisi keempatnya setelah permit penerbitan mingguan Suara Keadilan digantung awal Julai lalu.

Utusan Keadilan terbitan angkatan muda PKR itu mula diedarkan sejak semalam ke seluruh negara, khususnya untuk ahli parti, lapor laman web Suara Keadilan hari ini.

"Akhbar terbitkan secara tidak berkala ini akan terus dikeluarkan sehingga KDN memberikan kelulusan permit bagi menerbit dan mencetak lidah rasmi PKR,Suara Keadilan," laporan tersebut dipetik.

Edisi tidak berkala akhbar PKR dimulakan denganKedilan pada 12 Julai,Obor Keadilan (19 Julai) dan Sinar Keadilan (26 Julai) apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak memperbaharui permit penerbitan Suara Keadilan.

GHOSTWRITER
Apa dah tak da nama lain ke puak PKR ni nak pakai. Utusan gak? Hai..lepasni Utusan Keadilan lawan utusan Malaysia la plak...Agaknya Utusan Malaysia ble saman tak penggunaan nama utusan ni? Lawan tetap Lawan!!!

Post a Comment