Menariknya, penerangan balas kerajaan Pakatan melalui Skuad Komunikasi Selangor (SKS) akan dimulakan pada hari pertama umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan - dijangka 11 Ogos.
Pada masa yang sama, Umno - melalui Sekretariat Selamatkan Darul Ehsan (SSDE) - pula memilih berehat sepanjang bulan puasa, sebelum menyambung semula kempen fasa keduanya selepas Hari Raya Aidilfitri yang pada pertengahan September.
Bijaknya manusia ini... |
"Paling kurang pun, kita minta buat tazkirah sekurang-kurangnya 30 minit," kata pengarah penerangan di pejabat menteri besar Selangor Badrul Amin Bahron (kanan).
Bermula 23 Julai lalu, Umno Selangor menganjurkan siri jelajah fasa pertama di seluruh Selangor bagi menjelaskan mengenai "pembohongan kerajaan Pakatan" terhadap rakyat di negeri itu, antaranya menampilkan bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd Nor.
Selain membangkitkan isu-isu berkaitan Anwar - yang juga penasihat ekonomi negeri - isu lain yang sering ditimbulkan dalam siri-siri ceramahnya berlegar sekitar pertadbiran hasil pasir di negeri itu.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Badrul berkata pihaknya memilih membuat penerangan di masjid-masjid sepanjang bulan Ramadan memandangkan pada masa itu ramai umat Islam berkumpul bagi beribadat.
Sumber wadah Pembangkang yang cintakan Islam : Malaysiakini
GHOSTWRITER
Umum semua umat Islam tahu, Bulan Ramadhan merupakan bulan untuk kita semua beribadat. Orang semua bersaing bagi mendapatkan pahala dan peluang mendekatkan diri dengan Allah SWT. Bertarawih, banyakkan solat sunat dan membaca Al-Quran. Tapi lain pula si Lebai PAS ni. Bulan Ramadhan adalah bulan untuk menabur fitnah dan benci terhadap kerajaan. Bulan untuk berdakwah cara PAS. Semua masjid akan diletakkan lebai PAS. Patutla kira-kira 30 anggota jawatankuasa (AJK) masjid dan surau di Selangor termasuk nazir, bendahari dan imam meletak jawatan setiap bulan. Ini sebabanya yer?
Post a Comment