MALAYSIA KINI
Pemuda PAS hari ini menghantar memorandum bantahan terhadap Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) kerana meluluskan konsert artis 'gay' Adam Lambert.
Menurut memorandum dua halaman yang ditandatangani oleh timbalan ketuanya Azman Shapawi Abd Rani itu, kerana ia bakal membawa "keruntuhan akhlak masyarakat", khasnya di kalngan anak muda.
"Adam Lambert adalah seorang artis yang secara terbuka, bukan sahaja mengaku sebagai gay dan pengamal homoseksual tetapi beliau turut mempamerkan aksi gaynya dengan seringkali mencium dan mengucup penari lelaki serta menggayakan tarian serta aksi lucah bersama kumpulannya," memorandum itu dipetik.
Konsert sulung Lamber berjudul 'Adam Lambert Glam Nation Tour Live in Malaysia 2010' dijadual berlangsung 14 Oktober (Khamis) di Stadium Putra Bukit Jalil.
Menurut Azman Shapawi seharusnya peka dengan perkembangan budaya songsang itu kerana di msyarakat Barat sendiri didakwa menolak artis pop Amerika Syarikat itu.
Beliau juga menyatakan kekesalannya kerana pada hari yang sama seorang artis 'nasyid' popular Sweeden Maher Zain mengadakan persembagan di Shah Alam tidak diberikan tempat.
"Fakta dan nasihat yang bagaimana lagi mahu diberikan kepada pihak kerajaan agar menginsafi bahawa program seperti inilah yang akhirnya merosakkan akhlak generasi kita sekali gus membawa budaya dan cara hidup yang bertentangan dengan fitrah?" soal Azman Shapawi.
Dalam memorandum itu, Pemuda PAS menggesa semua penganjuran konsert mematuhi garis panduan PUSPAL dan meminta agensi itu memberikan perhatian serius terhadap penerimaan artis luar negara.
Malaysiakini difahamkan memorandum yang ditujukan kepada Pengerusi PUSPAL Datuk Kamaruddin Siaraf itu diserahkan sendiri oleh Azman Shapawi di pejabat agensi bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di Kuala Lumpur pagi tadi.
Lambert, 28, merupakan penyanyi pop, penulis lirik dan pelakon daripada California. Album bekas peserta American Idol itu For Your Entertainment pada 2009 terjual sebanyak 198,000 selepas seminggu berada dalam pasaran.
Mengapa semua yang dibuat oleh Pakatan hanya bermatlamatkan untuk mendapatkan publisiti??? Kalau benar-benar mamat ni Gay (al maklum penyokong pakatan mungkin lebih mengenali kerana memang dah biasa "bercampur" dengan golongan ini) protes aje lah, mungkin pihak berkuasa terlepas pandang kerana mereka tak pernah terlibat dengan gejala yang tidak sihat sebegini...
Jadi mengapa pula hendak dikaitkan dengan politik??? Nak main tuduh-tuduh pula... Sedangkan Ketua Pakatan Rakyaat sendiri adalah seorang terduduh di mahkamah kerana dikatakan mengamalkan seks songsang yang tidak sihat ini. Malah beliau walaupun pernah dibebaskan oleh makamah rayuan dalam kesnya terdahulu, para hakim yang terlibat "percaya" aktiviti tersebut sememangnya dilakukan....
Kes liwat ketua Pakatan Rakyat yang terbaru juga masih berlarutan di mahkamah....Dah lebih dua tahun...Lepas tangguh, tunda, lepas tunda tangguh lagi....
Dahulu kalau ada kes-kes di mahkamah yang melibatkan pemimpin-pemimpin BN/Umno pasti ada suara-suara sumbang dari pembangkang yang menuntut mereka ini meletak jawatan... Kononnya mereka ini bersalah.... Tetapi kenapa bila kena pada batang hidung sendiri, boss sendiri... macam-macam alasan yang diberikan??? Konspirasi, lah... Pendakwaan berpilih, lah.... Saksi bohonglah... Walaupun saksi utama adalah "anak buah" sendiri....
Lagi haru bila Tok-tok Guru dilihat "menyokong" budaya Gay???Mengapa tak tunggu dahulu kes tersebut berlangsung dan mahkamah membuat keputusan??? Bukan ke tidak manis jika sokongan Tok-tok guru ini disalah anggap??? Lebih teruk lagi jika ianya dijadikan alasan untuk anak-anak muda terjetumus ke dalam aktiviti ini.... Bagaimana pula jika segala bukti-bukti dan saksi-saksi kelak terbukti benar???
Mana Tok-tok Guru ni nak letak muka nanti???
Post a Comment