EDISI GALAS : Apa Sudah Jadi Ladang Rakyat?

PerakToday

Setiap kali ada kekosongan kerusi sebelum tempoh, Pilihanraya Kecil (PRK) mesti diadakan. Apatah lagi bila kekosongan atas sebab kematian wakil rakyat. Dalam keadaan kekosongan atas sebab lain, ada kuasa SPR untuk tidak adakan PRK. Perkara ini pernah dibincang dahulu…
Tapi itu bukan soalnya. Soalnya sekarang ada tendency mengutamakan PRK, seolah-olah itu satu pesta menguji kekuatan parti-parti yg berminat atas kerusi yang kosong itu.
Terkini ialah kerusi Galas di Gua Musang Kelantan. Semua tumpuan dihalakan ke sana. Tak sempat kering pun tanah kubur arwah si wakil rakyat, semua sudah bincang mengenai PRK. Parti si arwah iaitu Pas, tanpa banyak cerita tentang pengurusan jenayah arwah, terus menumpukan perhatian kepada persiapan PRK. UMNO lantas menyebut Tengku Razaleigh sebagai Pengarah PRK itu.
Apa yang pasti, PRK ini akan melibatkan kewangan yang banyak. Kerajaan Negeri Kelantan dibawah Pas pastinya akan membuat beberapa janji sehinggalah janji syurga.
Apa yang menarik ialah janji Ladang Rakyat yang dijanjikan oleh Pas kepada penduduk di sana sejak dari dulu. Apa status Ladang Rakyat itu, penduduk Galas semua tahu. Penduduk Orang Asli dulunya digula-gulakan dengan janji ladang rakyat. Apakah penebangan hutan sampai gondol di Lojing itu untuk tujuan Ladang Rakyat?
Kalau buat ladang rakyat ini boleh siap dalam tempuh 1 minggu, Pas agaknya akan sediakan ladang rakyat itu hari Jummat depan. Tapi malangnya ladang bukan boleh siap segera. Nampaknya janji tinggal janji lagi.
Kepada pengundi dan penduduk Galas terutama di Pos Brooke di Lojing itu, pastikan jangan digula-gulakan dengan janji-janji lagi. Pakaian, cara berbicara dengan diselit dengan ayat Quran, bukan semestinya janji orang itu, pasti ditunaikan. Kalau hendak terima janji pun, terimalah janji dari orang atau pihak yang lama terbukti boleh tunaikan.
Kepada penduduk dan pengundi di Pos Brooke, pilihlah dengan bijaksana kali ini. Pos Brooke bersempadan dengan Cameron Highlands dan apa yang berlaku di Lojing, ramai yang sangkakan itu perbuatan orang di Pahang. Kali ini kita tengok sempadan dengan teliti.

Post a Comment