GALAS : BIARPUN PAS BERDALIH,HAKIKATNYA EPISOD KEJATUHAN PAS KELANTAN TELAH BERMULA


Pasca Pilihanraya Kecil N.45 DUN Galas menyaksikan  Pas tampil dengan pelbagai analisis dan pandangan seolah-olah cuba memberi  gambaran kepada umum  bahawa mereka masih ‘relevan’ dalam konteks politik tanah air khususnya di Kelantan.

Yang pasti, ‘peluru sesat’ Pas terus dituju kepada Barisan Nasional walaupun majoriti pengundi Galas telah bersuara pada 4 November lepas dan mengambil keputusan untuk serahkan kembali Galas kepada BN daripada cengkaman Pas.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan sendiri meragui keputusan PRK yang secara simboliknya adalah suara rakyat Galas. Adakah ini menggambarkan Pimpinan Pas tidak menghormati saluran demokrasi? Sedangkan kaedah yang sama membolehkan Pas menguasai Kerajaan Negeri Kelantan?

Ironinya,  pelbagai helah, dakyah dan tuduhan melulu ini menunjukkan seolah-olah Pas ingin ‘lepas geram’ dengan menganggap pengundi Galas ‘bodoh dan buta’ politik kerana tidak memenangkan mereka. Adakah Pas beranggapan mereka tidak celik politik untuk membezakan antara fakta dan ‘auta’ dalam memilih parti yang terbukti mampu  berbakti dan membela nasib mereka selama ini?

Hakikatnya, kekalahan Pas di Galas sepatutnya membuka ruang untuk mereka muhasabah diri.  Pas perlu nilai sendiri apakah janji pembangunan telah mereka kotakan demi kebajikan rakyat Galas selepas mereka diberi kepercayaan pada Pilihanraya Umum Ke-12 lalu. Jika tidak kerana mereka mungkir janji, masakan pengundi menolak wadah politik Pas di Galas?

Mahu atau tidak, harus diakui kekalahan Pas dalam PRK kali ini adalah kerana kesilapan percaturan politik Pas yang ‘membuka pekung di dada’ sendiri apabila ada segelintir pemimpin Pas secara terang-terangan menawarkan ‘imbuhan’RM250 kepada pengundi luar yang disifatkan menyalahi peraturan Pilihanraya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sendiri.
Ini turut diburukkan lagi dengan terakamnya gambar Nik Aziz memberi wang  ‘zakat’ kepada tiga orang asli di Lojing meskipun Pas mendakwa mereka berhak menerimanya di bawah asnaf yang lapan. Cuma silapnya,ia diberi di musim pilihanraya secara terang-terangan dan tindakan itu tentunya mudah ditafsir sebagai politik wang. Bukankah ada pepatah Melayu menyebut,’Tangan Kanan Memberi, Sorokan Tangan Kiri’ cara terbaik dalam membuat kebajikan?

Dengan mengamalkan sikap berdolak –dalih, hakikatnya Pas terperangkap dalam jeratnya sendiri sehingga tindakan berkenaan telah merubah perspektif segelintir rakyat bahawa Pas adalah parti politik yang ‘suci’ daripada pengaruh politik wang.

Keadaan diburukkan lagi apabila Pas dalam siri kempennya menyaksikan Nik Aziz bertikam lidah dengan Ustaz Mohd Nor Idris, bekas AJK Pas Pusat di rumah seorang bekas wakil rakyat Galas dari  Semangat 46,Haji Omar Mohamad. Tentunya isu ini turut mempengaruhi sedikit sebanyak mood pengundi . Yang pasti, adab bertamu dan adab berbeza pandangan gagal diamalkan dalam ‘pertembungan’ ini.

Apa pun, isu sebenar adalah kegagalan Pas Kelantan menyantuni penduduk luar bandar dan masyarakat orang asli dalam menyediakan pembangunan infrastruktur yang lebih baik, serta kelemahan pengurusan tanah ladang rakyat yang menjadi faktor utama penolakan rakyat terhadap Pas di Galas.

Pemilihan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh selaku Pengarah Pilihan raya BN turut menjadi faktor penyumbang berdasarkan penguasaan politik serta pengalaman beliau bersama masyarakat tempatan. Ku Li masih dilihat sebagai ‘ikon’ yang cukup berpengaruh di peringkat akar umbi, sekali gus memberi impak politik yang disasarkan BN kali ini.

Jika permuafakatan dikalangan pemimpin UMNO negeri ini mampu dikekalkan selain ‘momentum’ Galas  dijadikan platform BN untuk kembali bertapak kukuh di Kelantan, makanya tidak mustahil PRK Galas menjadi titik tolak bermulanya episod kejatuhan penguasaan dan pengaruh Pas di Kelantan.

LIVE frm GALAS : Gambar suasana pengundian tegang angkara provokasi Samseng PAS!!

Wajah puak PAS serta tingkah laku umpama samseng yang sempat dirakamkan.
Suasana Tegang di hadapan Sekolah Menengah Indra Putera.
Pihak polis cuba menenangkan keadaan

Pelik tapi benar! Selepas beberapa siri pilihanraya kecil,Galas masih menyaksikan beberapa insiden kekecohan ekoran provokasi penyokong parti bertanding.

Dalam tinjauan di beberapa lokasi pengundian,penyokong parti bertanding seolah-olah tidak menghiraukan kehadiran anggota polis yang berkawal. 

Terutama sekali dihadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Indra Petra yang menyaksikan suasana tegang.

Kata-kata kesat dan nista menjadi siulan mereka. Seharusnya, sebagai mereka yg mendakwa menjadikan Islam sebagai paksi perjuangan tidak harus berpelakuan sedemikian sekalipun di provok.Namun,inilah hakikat yg dapat disaksikan bersama.

Anda tidak percaya? Saksikan sendiri gelagat mereka! Jika ini masih dijadikan budaya politik pembangkang,rasanya pengundi Galas perlu 'Timbang' dan 'Bulat'kan hati menolak Pas kali ini.

GALAS : BN OPTIMIS MENANG, EPISOD KEJATUHAN PAS KELANTAN BERMULA


Kurang beberapa jam lagi, rakyat Galas akan membuat perhitungan terakhir selepas 10 hari tempoh berkempen.

Sepanjang kempen, tembelang pembangkang khususnya kegagalan Pas Kelantan membela nasib rakyat terus dibongkar.

Galas, yang diberi kepercayaan oleh pengundinya sejak dua tahun lepas ternyata masih mundur dan ketinggalan biarpun mereka menjanjikan ‘bulan dan bintang’ dalam kempen pilihanraya umum untuk kemakmuran rakyat Galas.

Dari isu ladang rakyat, pembangunan kampung baru orang Cina, geran tanah dan pencerobohan kawasan kubur Orang Asli,kemajuan infrastruktur di kawasan Melayu sehinggalah kebajikan rumah ibadah orang India jelas gagal dibela.

Dan kini, pembangkang sekali lagi pujuk rayu undi dan simpati rakyat. Persoalannya, adakah rakyat Galas masih belum membuka mata melihat kepincangan pentadbiran Pas selama ini untuk dimenangkan sekali lagi?

Jawapannya, sudah pasti tidak!! Kali ini, rakyat semakin celik dan lebih terbuka. Segelintir golongan yang pernah jumud dengan perjuangan politik Pas selama ini nampaknya sudah mula berubah.

Hakikatnya, rakyat bukan sahaja di Galas, bahkan serata tanah air mula memahami dengan jelas dan mengerti akan ketulusan hati kepimpinan Barisan Nasional dengan tradisi membela rakyat.

Biarpun Pas ghairah berhelah dalam kempen ceramahnya, penduduk Galas tidak lagi terpesona dengan retorik pembangkang seperti sebelumnya. Kenyataan ini dapat dilihat pada kempen Pas yang semakin susut jumlah pendengarnya dari sehari ke sehari.

Walaupun Pas perturunkan semua bala jenteranya, namun ia tidak akan mengubah persepsi pengundi yang semakin mesra kepada BN dan menerima baik gagasan 1Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tunggu dan lihat ! Esok bakal menjadi tarikh keramat buat BN dan Pas.. Semangat ‘The Red Warriors’ menjulang Piala Malaysia akan diteruskan dengan Gelombang Biru di Galas.

Senario ini pastinya akan merubah landskap politik di Kelantan.. Sudah tiba masanya BN Kelantan kembali bangkit, dan episod kejatuhan Pas Kelantan akan bermula di Galas!!

“DULU BUI KO PAS, LA NI BN PULOK!!”


LIVE frm GALAS : GAMBAR Nik Ajis Rasuah Pengundi!!!

Nik Ajis bagi duit tebai nampak...
Tak cukup lagi? takpa, mamat belakang tew hulur bagi lagi!!
Takebeer!! 
PAS membangun bersama Isle
Parti
Amal
Sogok
Baca selanjutnya di mediapermatangpauh.

GALAS : PENDEDAHAN WAJAH EMCEE MELAYU DI CERAMAH DAP

Tony pertikai diskaun hartanah Bumiputera di depan pengundi cina
Inilah dia Melayu tali barut DAP

Dikala Melayu di Pulau Pinang dihimpit pentadbiran Zionis DAP, di Galas lain pula ceritanya. Seorang anak muda melayu boleh dilabelkan sebagai Talibarut cina DAP kerana tanpa segan silu memakai baju dan songkok yang berlabelkan DAP.

Bukan setakat itu saja, remaja ini juga turut dilihat menjadi EMCEE di ceramah-ceramah DAP sekitar Bandar Gua Musang dan Kampung Baru.

Berbekalkan kebolehan bertutur dalam bahasa mandarin dan tanpa ada rasa bersalah kepada bangsanya sendiri, dia menjadi EMCEE kepada ceramah Tony Pua yang jelas mengancam diskaun hartanah bumiputera seperti yang aku dedahkan dulu di sini.

Tony Pua di dalam ceramahnya di hadapan masyarakat cina telah menyatakan pemberian diskaun ini tidak tercatat pun dalam Perlembagaan Persekutuan, jadi kenapa tawaran harga atau diskaun itu tidak turut diberi kepada kaum bukan bumiputera?!

Dan di dalam ceramah tersebut hanya mamat ini saja melayu yang memahami dan sepertinya tiada apa yang patut digusarkan bila hak bangsanya diancam. 

Apapun, inilah dia rakan dan hasil didikan perkahwinan antara PAS dan DAP. DAP tampak lebih bijak mengatur langkah dari PAS yang hanya menanti rebah.

Ust Mohd Nor Deris: PAS membantu DAPig untuk memusnahkan Islam dan anak bangsa kita!!!

Kemenangan BN di Galas PETANDA Permulaan Tumbangnya Kerajaan PAS Kelantan


Ketika tinggal dua hari lagi menjelang hari pengundian, seramai 93 peratus pengundi telah menetapkan pilihan masing-masing dengan Barisan Nasional (BN) dilihat mendahului pesaingnya dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.
Sekitar tujuh peratus pengundi masih belum membuat pilihan mereka sehingga semalam.

PAS yang pertama kali menguasai kerusi Galas, yang terletak dalam bahagian Parlimen Gua Musang dua tahun lalu, menerima sokongan 42 peratus berbanding BN yang menjadi pilihan 51 peratus.
Sebelum ini, PAS berkata ia memulakan kempennya dengan asas sokongan pada tahap 48 peratus dan menganggapnya ‘underdog’ dalam mempertahankan kerusi tersebut.
Tiga hari lalu ia berkata sokongan itu meningkat sedikit kepada 49 peratus.
Dan, kumpulan pengundi ‘atas pagar’ ini dilihat akan menentukan bakal keputusan DUN Galas - pilihan raya kecil kedua di Kelantan sejak 8 Mac 2008.
Kempen pilihan raya kecil yang sudah masuk hari ketujuh hari ini menyaksikan perubahan yang ketara dari segi sokongan pengundi terhadap parti yang bertanding.
Walaupun kedua-dua parti mempunyai pendekatan yang berbeza untuk mendekati pengundi, namun dilihat pengundi lebih cenderung kepada BN yang meletakkan Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusoff berbanding PAS yang memilih pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang Dr Zulkefli Mohamad.
Bagi Dr Zulkefli cabaran di DUN Galas merupakan percubaan keempat dalam pilihan raya.
Seramai 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil kali ini iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang.

LIVE frm GALAS : Membangun Bersama Isle, PAS sogok RM30K kepada kuil hindu

PAS beli undi kaum india dengan memberikan RM30,000 kepada kuil hindu
Biar pun jumlah pengundi India di DUN Galas ini cuma 186 orang, PAS bertindak nekad dengan memberikan derma jariahnya kepada Kuil Hindu sekitar Galas ini sebanyak RM30,000. 

Menurut sumber yang memberitahu aku, sekitar Galas ini terdapat 3 kuil hindu yang mana PAS agihkan RM10,000 setiap satu kuil demi memenangkan Dr Zul Gendut.
Wahh! PAS nak sogok komputer Apple i Mac?

Selain itu, difahamkan bahawa PAS juga memomokkan pengundi hindu yang menyokong mereka akan diberikan komputer riba jika PAS menang pilihanraya ini. 

PAS yang sebelum ini menyuarakan untuk menyogok RM250 kepada pengundi luar, kini cuba menyogok pengundi india dengan tagline Pangkah PAS dapat komputer riba setiap seorang. 

Kenapa hanya pengundi India saja yang dapat komputer riba? Bagaimana pula dengan pengundi cina dan totok melayu PAS yang memangkah mereka? 

Kata PAS for All, bagila komputer riba kepada semua, baru adil dan saksama. 

Piala Malaysia tiba di Galas, kemenangan berganda jika BN "Juara" Khamis ini!!!

Piala Malaysia Yang di Menangi Kelantan Selamat Sampai di Galas!!
Tengku Razaleigh Menyampaikan Ucapan Tahniah ke atas Wira wira Red Warriors yang memenangi Piala Malaysia
Ribuan Rakyat Galas di Dataran Kesedar waktu ini bagi meraikan Kepulangan Piala Malaysia

Hidup Tan Seri Anuar Musa. Hidup UMNO!!!
sumber twitter PAPA GOMO 

LIVE frm GALAS : PAS ‘BURUK SIKU’ ATAU MEMANG ‘KAKI KENCING’?

RM250 sekadar wayang PAS untuk kencing pengundi luar


Kalau sebelum ini, Pas dengan gahnya mengumumkan sedia memberi ‘saguhati’ RM250 kepada 1,557 pengundi luar untuk balik membuang undi Khamis ini, terkini nampaknya pendirian Pas semacam sudah berubah.

Namun, Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman khabarnya masih berpendirian untuk menawarkan ‘saguhati’ berkenaan, tetapi pada masa sama memberi jaminan Pas kepada Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR ) bahawa mereka tidak akan melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya berkenaan.

Nah, ape punya pelik bin ajaib politik Pas ini?!! Sekejap kata nak bagi, sekejap tidak !! Macam biskut coklat atau cakap memang Pas kaki kencing?!! Dan soalnya, siapa yang Pas nak kencing? SPR kah atau pengundi luar Galas? Atau pengundi tempatan Galas sendiri?!!
Lebai PAS kuat kencing...

Sekiranya pengundi yang Pas nak ‘dikencing’, apalah ertinya lagi jika pengundi masih memberi undi kepada Pas Khamis ini?!! Jangan biarkan diri anda diselubungi ‘kencing’ Pas!! Cukup-cukup lah di’kencing’ Pas sebelum ini!!

Menurut laporan media, dikatakan Datuk Abdul Halim cuba ‘mengayat’ wartawan  dalam usaha ‘mensucikan’ semula perspektif umum terhadap Pas.

“Kalau SPR kata tidak boleh, maka kita tidak akan bagi (wang) kepada pengundi (luar) ini.
“Lagipun kita belum bagi lagipun, kita hanya akan bagi selepas hari pengundian bukan sebelum,” kata Datuk Halim yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa kepada wartawan portal online yang menghubunginya.

Merujuk kepada artikel sebelum ini, ikut perkiraan mudah, RM250 X 1,557 pengundi luar, Pas dianggarkan akan berbelanja RM389, 250 sebelum Pas menukar skrip asal dengan mendakwa jumlah berkenaan hanya untuk pengundi luar dari Johor.

Manakala bagi Lembah Klang, kenyataan terkini adalah Pas sedia membayar RM200, dan luar Gua Musang, Pas sedia membayar mengikut kadar jarak perjalanan rumah pengundi ke Galas.
Sambil berdalih, Pas dakwa mungkin pemberian itu bukan dikeluarkan oleh Pas, sebaliknya individu tertentu atau badan sukarelawan yang bersimpati dengan perjuangan Pas.

Soalnya, siapa disebalik individu atau badan sukarelawan yang Datuk Abdul Halim maksudnya? Jika mereka sah-sah ahli parti Pas, mustahil mereka keluar duit kocek sendiri untuk memberi. Dan tidak jugak mustahil, ia adalah daripada dana Pas sendiri!!

Bagi orang cerdik, ayat kencing Datuk Abdul Halim ini adalah bertujuan untuk melepaskan Pas daripada dikenakan tindakan oleh SPR sekiranya mereka menang PRK Galas ini.

Menguatkan lagi hujah, Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS DUN Galas Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah akui memang ia menjadi amalan biasa dalam parti itu untuk menarik minat pengundi supaya pulang untuk menjalankan kewajiban.

Sudah terang lagi berpuluh. Inilah tindakan terdesak Pas untuk raih undi. Dengar-dengar mutakhir ini Pas akan turut memberi ‘bonus’ kepada Orang Asli disaat-saat akhir kempen kali ini. Tunggu dan lihat, apa pulak dalih yang akan digunakan Pas selepas ini!

Justeru, Wahai pengundi Galas yang budiman, bukalah mata hati anda, dan buatlah keputusan dengan mengundi Parti yang selama ini telah membawa kemajuan dan kemakmuran yang dikecapi selama ini.

Rasanya pengundi Galas lebih bijak menentukan yang mana kaca, dan yang mana permata!! Jika pernah tersilap pilih dahulu, jangan diulangi dalam PRK kali ini.

"DULU BUI KO PAS, LA NI BN PULOK !!"

LIVE frm GALAS : AKHIRNYA TERBUKTI PAS ‘P-arti A-mal S-ogok’



Tatkala tempoh kempen semakin menuju ke penghujung, Pas yang selama ini mendabik dada mengiktiraf partinya bebas dari amalan rasuah dan sogokan akhirnya membuka pekung di dada sendiri.

Tawaran Pas untuk memberi ‘saguhati’ RM250 seorang kepada 1,557 pengundi luar untuk turun membuang undi pada 4 November depan menunjukkan bahawa Pas amat terdesak sehingga terpaksa ‘memberi rasuah’.

Saguhati RM250 X 1,557 pengundi luar = RM389,250

Sambil menyifatkan Pas ketinggalan dengan sokongan sekadar 49 peratus berbanding BN, Pengarah Pilihan Raya PAS pusat, Datuk Halim Abdul Rahman  mengumumkan Pas berjanji akan member ‘insentif’ berkenaan bagi menampung kos perjalanan pulang mengundi.

Tindakan desperado Pas ini mendapat perhatian Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR ) apabila,Timbalan Pengerusinya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar sendiri menyifatkan tindakan PAS itu bercanggah dengan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan boleh ditafsir dengan tujuan memancing undi. 

Wan Ahmad bagaimanapun berkata, SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengambil sebarang tindakan, sebaliknya menjelaskan terserah kepada UMNO dan BN untuk membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM ).

Maka,tersingkaplah sudah topeng sebenar Pas dan pembangkang pada PRK kali ini. Agak-agaknya Ulama Pas mana yang berani keluar ‘fatwa’ bahawa tindakan mereka halal dan harus demi perjuangan retorik politik sempit mereka? Kita tunggu dan lihat !!

Nampaknya,peluang BN untuk merampas Galas dari Pas amat cerah.Dengan pengumuman terbuka Pas untuk ‘merasuah’, maka tidak ada sebab lagi pengundi Galas harus anggap Pas parti ‘suci’ untuk dipertahankan.

Jika Pas menang sekalipun pada 4 November depan, BN boleh membawa bukti kukuh yang terpampang di dada akhbar untuk membatalkan kemenangan Pas sekaligus mungkin membawa kepada pilihanraya kecil semula di Galas.

Justeru, wahai pengundi Galas, jangan sia-siakan amanah anda dengan mengundi calon Pas !! Bulatkan tekad UNDI CALON BN demi PEMBANGUNAN DAN KESEJAHTERAAN masyarakat tempatan di Galas !!!

 “ DULU BAGI KO PAS, LA NI BN PULOK’

LIVE frm GALAS : PAS terdesak hingga menggunakan khidmat kakak TBH untuk meraih undi simpati

Kakak mendiang TBH turut hadir ke Galas bagi membantu PAS meraih undi.  Kononnya untuk keadilan DAPig dan TBH, Ahli keluarga TBH ini dibawa khas ke kawasan cina iaitu di Kampung Baru, Gua Musang agar dapat merintis simpati rakyat Galas. Tenyata tindakan PAS ini merupakan tindakan terdesak bagi meraih undi simpati. Aku menjangkakan banyak lagi buah akhir PAS akan di bawa ke Galas dalam 3 hari lagi tempoh berkempen ini.

LIVE frm GALAS : Al-Kisah Khalwat Dr. Zul Gendut

Sebenarnya Dr Zul sudah pun berkahwin dengan Zainab bt Jalar, dia adalah seorang janda beranak satu. Sekarang aku akan ceritakan sedikit latar belakang Zainab yang tak pernah korang dengar sebelum ini.

Zainab ni pernah kahwin dengan seorang muallaf (Cina masuk Islam) yang bernama Lee, masa itu Zainab bekerja di sebuah hotel, tapi mak bapak Zainab tak setuju dengan perkahwinan ini, akhirnya jodoh mereka tak panjang yang membawa kepada penceraian Zainab dan Lee.

Zainab kemudiannya bekerja dengan Armalah (ini kiranya tempat penjagaan ibu tunggal yang dibuat PAS la). Disinilah Zainab bertemu dengan Dr Zul yang sangat aktif dalam program-program anjuran PAS sehinggakan kliniknya sendiri pun terabai. 

Bila dah hari-hari berjumpa, maka dari mata turun ke hati, lahirlah bibit-bibit cinta diantara mereka, sebelum tu pembaca sekalian, Dr Zul adalah seorang yang sudah berumahtangga, ya dia sudah beristeri. Walau sudah beristeri Dr Zul tetap ada hubungan dengan Zainab! Biasalah orang-orang PAS nafsu kuat!

Dalam asyik masyuk mereka bercinta ni, tup-tup satu hari mereka kena tangkap basah pada bulan Julai tahun 2009 di Kuala Krai, bila dah kena tangkap basah, maka isteri Dr Zul dapat tahu, apalagi kecohlah lepas tu mereka bergaduh dan akhirnya perkara ini membawa kepada penceraian mereka. 

Dr Zul menjadi duda dan tidak berapa lama lepas tu dia menjadi suami semula sebab dia berkahwin dengan Zainab. Ya la, dah kena tangkap basah, kena kahwin la! Ironiknya pihak PAS langsung tak tahu mengenai hal tangkap basah ini.

Tetapi bilamana The Unspinners mendedahkan Dr Zul pernah ditangkap basah pada posting Oktober 22 2010 dan disambut oleh UMNO Online, maka pada masa itu barulah pihak PAS dapat tahu, bila dah terbongkar skandal ini, PAS melakukan penyiasatan dan mendapati bahawa cerita ini adalah benar!

Lepas tu apalagi, PAS mencari jalan bagaimana untuk menutup cerita ini, cari-cari punya cari, akhirnya mereka mendapat jalan dimana salah seorang tauke balak yang ada hubungan 'perniagaan' dengan pihak PAS telah menawarkan untuk membantu menutup cerita ini.

Untuk pengetahuan korang, masa Dr Zul kena tangkap khalwat tu, ada satu kertas pertuduhan yang telah dibuat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK)! Ramai yang tak tahu pasal ini kan?

Berbalik pada kisah PAS nak tutup cerita ini semula, dimana tauke balak nak membantu tu! Korang tau tak, si tauke balak tu telah menawarkan RM70,000 kepada si penjaga fail di JAHEIK! Bilamana kakitangan tersebut mendapat tawaran yang begitu lumayan, dia pun terus melakukan perbuatan terkutuk itu tanpa merasa takut dengan hari pembalasan!

Akhirnya misi mereka berjaya dan fail itu berjaya dihilangkan, lepas tu apalagi, Dr Zul kelihatan cukup baik la di kalangan ahlul-ahlul PAS, sebab semuanya telah di'kawtim' kat belakang! 

Baca selanjutnya disini.

LIVE frm GALAS : Apa ada pada Dr Zul Obes dan Aziz?





Perbandingan 
Calon PAS 

Calon BN



Dr Zul merupakan seorang doktor di Kliniknya sendiri. Bukan klinik kerajaan. Ini bermakna dia berkhidmat kerana duit. Jika anda sakit, kata ore klate kalu takde pitih jangan pila klinik swasta Dr Zul ni. Selesa bekerja di dalam bilik yang berhawa dingin serta duduk di atas kerusi empuk. Buktinya jelas, seorang doktor yang besar badannya. Sudah tentu pemalas. Duduk atas kerusi saja boleh buat pitih. Berjawatan sebagai doktor tentunya Zul ini sudah banyak pitih. 

Sebagai rakyat biasa, Abd Aziz merupakan seorang pegawai KESEDAR. Berpengalaman dalam membantu dan berkhidmat dengan masyarakat. Kuat berkerja dan gigih dalam membantu rakyat. Buktinya jelas, lihatlah tubuhnya. Mampu berlari lebih pantas dari Dr Zul. Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai gaut. Mempunyai berat badan yang ideal bukan obesiti. 

Jadi rakyat Galas buatla pilihan yang bijak, Undilah Abd Aziz yang gigih bekerja

‘DULU BAGI KO PAS, LA NI BN PULOK!!!’

LIVE frm GALAS : hamPAS GAGAL TAWAR PELUANG KERJAYA, BELIA TERPAKSA BERHIJRAH


Saban tahun, sejumlah besar belia Kelantan berhijrah ke negeri lain untuk mencari peluang pekerjaan dalam usaha mereka keluar daripada paras garis kemiskinan.

Penghijrahan ini sebenarnya turut menyumbang kepada pelbagai masalah termasuk kekurangan tenaga kerja dalam pembangunan negeri Kelantan sendiri yang selama ini tercicir jika dibandingkan dengan negeri lain.

Siapa yang seharusnya dipersalahkan? Nampak gaya kata pepatah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri tidak lagi menjadi penghayatan dikalangan sebahagian besar belia dan beliawanis Kelantan.

Suka atau tidak, semua harus akui penghijrahan ini berpunca daripada kegagalan Kerajaan Pas Kelantan menyediakan projek pembangunan di seluruh negeri bertuah ini.

Akhirnya, senario ini mengundang kerugian besar khususnya dalam aspek sumber pembangunan modal insan kepada Kelantan dalam menongkah arus pembangunan menjadi sebuah negeri maju.

Calon BN, Abdul Aziz Yusof menegaskan, masalah ini hanya dapat diatasi jika Kerajaan Pusat mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri dengan lebih banyak peluang pekerjaan mampu ditawarkan selain menarik lebih banyak pelaburan ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Justeru, kemenangan BN di Dun Galas perlu dijadikan titik mula perubahan yang diharapkan generasi baru belia dan beliawanis Kelantan selama ini.

Justifikasinya, kemenangan BN amat penting supaya lebih banyak peluang kerjaya  dan pembangunan dapat dibawa ke Galas apabila ketiga-tiga Dun termasuk Paloh dan Nenggiri terus di bawah naungan Ahli Parlimen BN, Tengku Razaleigh Hamzah.

Cukuplah dua tahun Galas dibawah Pas! Usah kata peluang pekerjaan untuk generasi muda berjaya bertambah,sebaliknya taraf kehidupan dan kepentingan sosial masyarakat tempatan terus tidak terbela!

Maka, 4 November depan bakal mencatat sejarah umpama kejayaan Red Warrior menggondol Piala Malaysia jika pengundi Galas berani berubah dengan memenangkan calon BN demi kesinambungan pembangunan berterusan yang didahagakan rakyat Gua Musang ini !!

‘DULU BAGI KO PAS, LA NI BN PULOK!!!’

GALAS : AWAS, GILIRAN MAHASISWA DIPERALAT PAS !!


Selepas 5 hari kempen Pilihan raya kecil Dun Galas berlangsung, Pas ibarat cacing kepanasan apabila sokongan semasa yang diterima semakin merosot di semua peti undi.

Menyedari hakikat itu, jentera Pas nampak tidak lari daripada kelazimannya apabila turut menjadikan institusi agama seperti masjid,surau dan tidak terkecuali tokong Cina dalam usaha meraih undi simpati.

Pun begitu, Pas sedar mereka terus ketinggalan dan terkini, Pas dilihat memperalatkan pula sekumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia ( GAMIS) bagi menjalankan aktiviti kempen Pas di Galas.

Presiden GAMIS, Ahmad Syazwan Muhammad Hasan bagaimanapun mendakwa, kehadiran kumpulan mahasiswa seramai 200 orang ke kawasan DUN Galas bukan mewakili atau berkempen untuk mana-mana parti politik.

Difahamkan, kumpulan yang diperalatkan ini akan memainkan isu bajet 2011 khususnya dikalangan penduduk kampong termasuk masyarakat bukan Melayu.

Adalah mustahil kumpulan ini datang sendiri tanpa diundang mana-mana pihak kerana pastinya kempen berkenaan melibatkan kos dan sebagainya.

Ramai sedia maklum,GAMIS  sememangnya di cop selari  dengan ideologi pembangkang kerana kerap  terlibat sama dengan perhimpunan haram yang diadakan di ibu negara oleh Pas dan PKR.

Dipercayai, kumpulan ini turut bergerak aktif dibawah Markaz Siswazah Kelantan yang selama ini melahirkan ramai pemimpin muda pembangkang menerusi aktiviti rekrut dalam Persatuan Mahasiswa Islam di IPT tempatan dan Timur Tengah.

Kesian anak muda ini, belum pun tamat pengajian sudah diperkudakan Pas!!! Berbaloikah tindakan mereka ini jika mereka tertangkap dalam PRK Galas ini kerana melanggar AUKU ?!! Atau adakah mereka langsung tidak mempedulikan hati dan perasaan ibu bapa mereka yang mengharapkan kejayaan segulung ijazah  tetapi akhirnya terkandas kerana terlibat berkempen di Galas?!!

Wahai adik-adik seperjuangan ku, usahlah terlalui ghairah berpolitik hingga terjejas masa depan sendiri!! Apakah kalian fikir Pas akan membela nasib kalian jika gagal dalam pengajian setelah jiwa dan raga anda serahkan demi perjuangan politik desperado Pas?!! Jawapannya, TIDAK dan MUSTAHIL !!

Justeru, berfikirlah secara matang, usahlah terlalu ikutkan emosi. Tamatkanlah dulu pengajian kalian, kemudian barulah turun bertempur di medan politik ini jika itu yang kalian hajatkan.

Kepada pasukan pemantau IPT , giatkanlah pemantauan dan jangan ambil mudah soal pembabitan mereka dalam gerakan sebegini  kerana kita tidak mahu sebarang aktiviti berunsur subversif suatu ketika dulu kembali berulang !!!

Pepatah Melayu ada menyebut 
“IKUT RASA, BINASA.. IKUT HATI, MATI..” 
Kalo, Ambo, Ambo Tok Sey!!

LIVE frm GALAS : ZALIMNYA PAS,BUKAN SETAKAT TANAH KEBUN DIRAMPAS, TANAH KUBUR JUGA DIKEBAS!!

Permandangan perumahan orang asli Pos Brooke berlatar belakangkan kerakusan PAS, kononnya inilah dia "Ladang Rakyat'

Apabila DUN Galas diterajui Pas sejak 2 tahun lepas , nasib orang asli tempatan bukan sahaja tidak berubah, bahkan musibahnya bertambah-tambah.
Masa depan anak-anak orang asli ditangan zionis PAS

Dalam tinjauan ke Pos Brooke hari ini,kira-kira 40 keluarga tempatan ibarat ‘melukut di tepi gantang’ apabila langsung tidak dipedulikan parti yang mendakwa Pas Untuk Semua.

Usah bicara tentang pembangunan tanah seperti ladang rakyat yang digembar-gemburkan Pas sebagai petanda kemajuan, soal keperluan asasi orang asli ini sendiri tidak terbela.
Amran Anjang

Menurut Amran anak Anjang,penduduk di Pos Brooke langsung tidak dipedulikan Pas walaupun mereka pernah mengemukakan pelbagai permohonan kepada Kerajaan Negeri berkenaan kepentingan orang asli di sini.

Alasannya yang diberi mudah, PAS MENDAKWA MEREKA TIDAK MENANG DI ATAS UNDI ORANG ASLI DAN ORANG ASLI TIDAK PENTING DAN TIDAK DIPEDULIKAN LANGSUNG OLEH PAS KELANTAN.

Alangkah kejamnya Pas Kelantan,mereka sendiri menafikan hak orang asli semata-mata kerana Pas kalah di kesemua kawasan orang asli pada 2008.

Lebih mengejutkan, Amran juga mendedahkan Kerajaan Pas Kelantan turut merampas tanah pertanian mereka tanpa memberi pampasan yang sewajarnya. Habis ditebang pokok buah-buahan yang selama ini menjadi hasil pendapatan harian mereka. Dan kini tiada apa lagi yang tinggal untuk mereka nikmati seperti sebelumnya.

Sudah lah dirampas tanah pertanian, Kerajaan Negeri menerusi syarikat Cina yang dilantik turut merobohkan tanah perkuburan penduduk tempatan meskipun dibantah keras.

Apa dah jadi dengan Pas? Sampai tanah kubur orang asli turut dirampas!! Lani, bila nak mengundi, dengan muka tak malu berjabat tangan mengemis undi!!! Kejam Sungguh Kejam!!!!

Jika berlaku kematian, agak-agaknya di mana tanah untuk penduduk pribumi ini hendak dikebumikan? Kepada pemimpin Pas mana yang mereka nak mengadu lagi jika tanah kuburkan sanggup dikebas? Atau sememangnya orang asli tidak langsung dipedulikan Pas?!! 

Wan Hasyim


Menurut seorang lagi penduduk tempatan,Wan Anak Hasyim berkata rata-rata anak muda di sini terpaksa bekerja di luar kerana mereka tidak diberi peluang untuk bekerja di ladang yang dibangunkan atas tanah mereka sendiri.

 Jika ditawarkan bekerja sekalipun pun, gaji yang mereka terima sekitar RM20-25 sehari!! Berbaloi dan setimpal kah orang asli di sini membanting tulang seharian dengan gaji secupak itu?!! Hina sangatkah martabat mereka di sisi Pemimpin Pas.

Agak-agak apakah Pemimpin Pas berkenaan kesengsaraan mereka di sini?!! Pedulikah mereka pada Orang Asli sedangkan ada segelintir  pemimpin Pas negeri hidup kaya raya tarah hasil peribumi!!!Mana perginya soal pertimbangan dosa dan pahala?!!

Dengan pendedahan ini, cukuplah sudah bukti kenapa pengundi galas harus tolak Pas!! Jangan biarkan lagi kezaliman ini berterusan!!! 

SATU UNDI UNTUK PAS IBARAT BERSEKONGKOL MELENYAPKAN NILAI HIDUP ORANG ASLI DIBUMI BERTUAH INI!!!

Kalo Ambo, Ambo Tok Sey!!!!
“DULU BAGI KO PAS, LA NI BN PULOK!!!"