Saban tahun, sejumlah besar belia Kelantan berhijrah ke negeri lain untuk mencari peluang pekerjaan dalam usaha mereka keluar daripada paras garis kemiskinan.
Penghijrahan ini sebenarnya turut menyumbang kepada pelbagai masalah termasuk kekurangan tenaga kerja dalam pembangunan negeri Kelantan sendiri yang selama ini tercicir jika dibandingkan dengan negeri lain.
Siapa yang seharusnya dipersalahkan? Nampak gaya kata pepatah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri tidak lagi menjadi penghayatan dikalangan sebahagian besar belia dan beliawanis Kelantan.
Suka atau tidak, semua harus akui penghijrahan ini berpunca daripada kegagalan Kerajaan Pas Kelantan menyediakan projek pembangunan di seluruh negeri bertuah ini.
Akhirnya, senario ini mengundang kerugian besar khususnya dalam aspek sumber pembangunan modal insan kepada Kelantan dalam menongkah arus pembangunan menjadi sebuah negeri maju.
Calon BN, Abdul Aziz Yusof menegaskan, masalah ini hanya dapat diatasi jika Kerajaan Pusat mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri dengan lebih banyak peluang pekerjaan mampu ditawarkan selain menarik lebih banyak pelaburan ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini.
Justeru, kemenangan BN di Dun Galas perlu dijadikan titik mula perubahan yang diharapkan generasi baru belia dan beliawanis Kelantan selama ini.
Justifikasinya, kemenangan BN amat penting supaya lebih banyak peluang kerjaya dan pembangunan dapat dibawa ke Galas apabila ketiga-tiga Dun termasuk Paloh dan Nenggiri terus di bawah naungan Ahli Parlimen BN, Tengku Razaleigh Hamzah.
Cukuplah dua tahun Galas dibawah Pas! Usah kata peluang pekerjaan untuk generasi muda berjaya bertambah,sebaliknya taraf kehidupan dan kepentingan sosial masyarakat tempatan terus tidak terbela!
Maka, 4 November depan bakal mencatat sejarah umpama kejayaan Red Warrior menggondol Piala Malaysia jika pengundi Galas berani berubah dengan memenangkan calon BN demi kesinambungan pembangunan berterusan yang didahagakan rakyat Gua Musang ini !!
‘DULU BAGI KO PAS, LA NI BN PULOK!!!’
Post a Comment