GALAS : AWAS, GILIRAN MAHASISWA DIPERALAT PAS !!


Selepas 5 hari kempen Pilihan raya kecil Dun Galas berlangsung, Pas ibarat cacing kepanasan apabila sokongan semasa yang diterima semakin merosot di semua peti undi.

Menyedari hakikat itu, jentera Pas nampak tidak lari daripada kelazimannya apabila turut menjadikan institusi agama seperti masjid,surau dan tidak terkecuali tokong Cina dalam usaha meraih undi simpati.

Pun begitu, Pas sedar mereka terus ketinggalan dan terkini, Pas dilihat memperalatkan pula sekumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia ( GAMIS) bagi menjalankan aktiviti kempen Pas di Galas.

Presiden GAMIS, Ahmad Syazwan Muhammad Hasan bagaimanapun mendakwa, kehadiran kumpulan mahasiswa seramai 200 orang ke kawasan DUN Galas bukan mewakili atau berkempen untuk mana-mana parti politik.

Difahamkan, kumpulan yang diperalatkan ini akan memainkan isu bajet 2011 khususnya dikalangan penduduk kampong termasuk masyarakat bukan Melayu.

Adalah mustahil kumpulan ini datang sendiri tanpa diundang mana-mana pihak kerana pastinya kempen berkenaan melibatkan kos dan sebagainya.

Ramai sedia maklum,GAMIS  sememangnya di cop selari  dengan ideologi pembangkang kerana kerap  terlibat sama dengan perhimpunan haram yang diadakan di ibu negara oleh Pas dan PKR.

Dipercayai, kumpulan ini turut bergerak aktif dibawah Markaz Siswazah Kelantan yang selama ini melahirkan ramai pemimpin muda pembangkang menerusi aktiviti rekrut dalam Persatuan Mahasiswa Islam di IPT tempatan dan Timur Tengah.

Kesian anak muda ini, belum pun tamat pengajian sudah diperkudakan Pas!!! Berbaloikah tindakan mereka ini jika mereka tertangkap dalam PRK Galas ini kerana melanggar AUKU ?!! Atau adakah mereka langsung tidak mempedulikan hati dan perasaan ibu bapa mereka yang mengharapkan kejayaan segulung ijazah  tetapi akhirnya terkandas kerana terlibat berkempen di Galas?!!

Wahai adik-adik seperjuangan ku, usahlah terlalui ghairah berpolitik hingga terjejas masa depan sendiri!! Apakah kalian fikir Pas akan membela nasib kalian jika gagal dalam pengajian setelah jiwa dan raga anda serahkan demi perjuangan politik desperado Pas?!! Jawapannya, TIDAK dan MUSTAHIL !!

Justeru, berfikirlah secara matang, usahlah terlalu ikutkan emosi. Tamatkanlah dulu pengajian kalian, kemudian barulah turun bertempur di medan politik ini jika itu yang kalian hajatkan.

Kepada pasukan pemantau IPT , giatkanlah pemantauan dan jangan ambil mudah soal pembabitan mereka dalam gerakan sebegini  kerana kita tidak mahu sebarang aktiviti berunsur subversif suatu ketika dulu kembali berulang !!!

Pepatah Melayu ada menyebut 
“IKUT RASA, BINASA.. IKUT HATI, MATI..” 
Kalo, Ambo, Ambo Tok Sey!!

Post a Comment