Kurang beberapa jam lagi, rakyat Galas akan membuat perhitungan terakhir selepas 10 hari tempoh berkempen.
Sepanjang kempen, tembelang pembangkang khususnya kegagalan Pas Kelantan membela nasib rakyat terus dibongkar.
Galas, yang diberi kepercayaan oleh pengundinya sejak dua tahun lepas ternyata masih mundur dan ketinggalan biarpun mereka menjanjikan ‘bulan dan bintang’ dalam kempen pilihanraya umum untuk kemakmuran rakyat Galas.
Dari isu ladang rakyat, pembangunan kampung baru orang Cina, geran tanah dan pencerobohan kawasan kubur Orang Asli,kemajuan infrastruktur di kawasan Melayu sehinggalah kebajikan rumah ibadah orang India jelas gagal dibela.
Dan kini, pembangkang sekali lagi pujuk rayu undi dan simpati rakyat. Persoalannya, adakah rakyat Galas masih belum membuka mata melihat kepincangan pentadbiran Pas selama ini untuk dimenangkan sekali lagi?
Jawapannya, sudah pasti tidak!! Kali ini, rakyat semakin celik dan lebih terbuka. Segelintir golongan yang pernah jumud dengan perjuangan politik Pas selama ini nampaknya sudah mula berubah.
Hakikatnya, rakyat bukan sahaja di Galas, bahkan serata tanah air mula memahami dengan jelas dan mengerti akan ketulusan hati kepimpinan Barisan Nasional dengan tradisi membela rakyat.
Biarpun Pas ghairah berhelah dalam kempen ceramahnya, penduduk Galas tidak lagi terpesona dengan retorik pembangkang seperti sebelumnya. Kenyataan ini dapat dilihat pada kempen Pas yang semakin susut jumlah pendengarnya dari sehari ke sehari.
Walaupun Pas perturunkan semua bala jenteranya, namun ia tidak akan mengubah persepsi pengundi yang semakin mesra kepada BN dan menerima baik gagasan 1Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tunggu dan lihat ! Esok bakal menjadi tarikh keramat buat BN dan Pas.. Semangat ‘The Red Warriors’ menjulang Piala Malaysia akan diteruskan dengan Gelombang Biru di Galas.
Senario ini pastinya akan merubah landskap politik di Kelantan.. Sudah tiba masanya BN Kelantan kembali bangkit, dan episod kejatuhan Pas Kelantan akan bermula di Galas!!
“DULU BUI KO PAS, LA NI BN PULOK!!”
Post a Comment