LIVE frm GALAS : AKHIRNYA TERBUKTI PAS ‘P-arti A-mal S-ogok’



Tatkala tempoh kempen semakin menuju ke penghujung, Pas yang selama ini mendabik dada mengiktiraf partinya bebas dari amalan rasuah dan sogokan akhirnya membuka pekung di dada sendiri.

Tawaran Pas untuk memberi ‘saguhati’ RM250 seorang kepada 1,557 pengundi luar untuk turun membuang undi pada 4 November depan menunjukkan bahawa Pas amat terdesak sehingga terpaksa ‘memberi rasuah’.

Saguhati RM250 X 1,557 pengundi luar = RM389,250

Sambil menyifatkan Pas ketinggalan dengan sokongan sekadar 49 peratus berbanding BN, Pengarah Pilihan Raya PAS pusat, Datuk Halim Abdul Rahman  mengumumkan Pas berjanji akan member ‘insentif’ berkenaan bagi menampung kos perjalanan pulang mengundi.

Tindakan desperado Pas ini mendapat perhatian Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR ) apabila,Timbalan Pengerusinya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar sendiri menyifatkan tindakan PAS itu bercanggah dengan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan boleh ditafsir dengan tujuan memancing undi. 

Wan Ahmad bagaimanapun berkata, SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengambil sebarang tindakan, sebaliknya menjelaskan terserah kepada UMNO dan BN untuk membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM ).

Maka,tersingkaplah sudah topeng sebenar Pas dan pembangkang pada PRK kali ini. Agak-agaknya Ulama Pas mana yang berani keluar ‘fatwa’ bahawa tindakan mereka halal dan harus demi perjuangan retorik politik sempit mereka? Kita tunggu dan lihat !!

Nampaknya,peluang BN untuk merampas Galas dari Pas amat cerah.Dengan pengumuman terbuka Pas untuk ‘merasuah’, maka tidak ada sebab lagi pengundi Galas harus anggap Pas parti ‘suci’ untuk dipertahankan.

Jika Pas menang sekalipun pada 4 November depan, BN boleh membawa bukti kukuh yang terpampang di dada akhbar untuk membatalkan kemenangan Pas sekaligus mungkin membawa kepada pilihanraya kecil semula di Galas.

Justeru, wahai pengundi Galas, jangan sia-siakan amanah anda dengan mengundi calon Pas !! Bulatkan tekad UNDI CALON BN demi PEMBANGUNAN DAN KESEJAHTERAAN masyarakat tempatan di Galas !!!

 “ DULU BAGI KO PAS, LA NI BN PULOK’

Post a Comment