LIVE frm GALAS : PAS ‘BURUK SIKU’ ATAU MEMANG ‘KAKI KENCING’?

RM250 sekadar wayang PAS untuk kencing pengundi luar


Kalau sebelum ini, Pas dengan gahnya mengumumkan sedia memberi ‘saguhati’ RM250 kepada 1,557 pengundi luar untuk balik membuang undi Khamis ini, terkini nampaknya pendirian Pas semacam sudah berubah.

Namun, Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman khabarnya masih berpendirian untuk menawarkan ‘saguhati’ berkenaan, tetapi pada masa sama memberi jaminan Pas kepada Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR ) bahawa mereka tidak akan melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya berkenaan.

Nah, ape punya pelik bin ajaib politik Pas ini?!! Sekejap kata nak bagi, sekejap tidak !! Macam biskut coklat atau cakap memang Pas kaki kencing?!! Dan soalnya, siapa yang Pas nak kencing? SPR kah atau pengundi luar Galas? Atau pengundi tempatan Galas sendiri?!!
Lebai PAS kuat kencing...

Sekiranya pengundi yang Pas nak ‘dikencing’, apalah ertinya lagi jika pengundi masih memberi undi kepada Pas Khamis ini?!! Jangan biarkan diri anda diselubungi ‘kencing’ Pas!! Cukup-cukup lah di’kencing’ Pas sebelum ini!!

Menurut laporan media, dikatakan Datuk Abdul Halim cuba ‘mengayat’ wartawan  dalam usaha ‘mensucikan’ semula perspektif umum terhadap Pas.

“Kalau SPR kata tidak boleh, maka kita tidak akan bagi (wang) kepada pengundi (luar) ini.
“Lagipun kita belum bagi lagipun, kita hanya akan bagi selepas hari pengundian bukan sebelum,” kata Datuk Halim yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa kepada wartawan portal online yang menghubunginya.

Merujuk kepada artikel sebelum ini, ikut perkiraan mudah, RM250 X 1,557 pengundi luar, Pas dianggarkan akan berbelanja RM389, 250 sebelum Pas menukar skrip asal dengan mendakwa jumlah berkenaan hanya untuk pengundi luar dari Johor.

Manakala bagi Lembah Klang, kenyataan terkini adalah Pas sedia membayar RM200, dan luar Gua Musang, Pas sedia membayar mengikut kadar jarak perjalanan rumah pengundi ke Galas.
Sambil berdalih, Pas dakwa mungkin pemberian itu bukan dikeluarkan oleh Pas, sebaliknya individu tertentu atau badan sukarelawan yang bersimpati dengan perjuangan Pas.

Soalnya, siapa disebalik individu atau badan sukarelawan yang Datuk Abdul Halim maksudnya? Jika mereka sah-sah ahli parti Pas, mustahil mereka keluar duit kocek sendiri untuk memberi. Dan tidak jugak mustahil, ia adalah daripada dana Pas sendiri!!

Bagi orang cerdik, ayat kencing Datuk Abdul Halim ini adalah bertujuan untuk melepaskan Pas daripada dikenakan tindakan oleh SPR sekiranya mereka menang PRK Galas ini.

Menguatkan lagi hujah, Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS DUN Galas Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah akui memang ia menjadi amalan biasa dalam parti itu untuk menarik minat pengundi supaya pulang untuk menjalankan kewajiban.

Sudah terang lagi berpuluh. Inilah tindakan terdesak Pas untuk raih undi. Dengar-dengar mutakhir ini Pas akan turut memberi ‘bonus’ kepada Orang Asli disaat-saat akhir kempen kali ini. Tunggu dan lihat, apa pulak dalih yang akan digunakan Pas selepas ini!

Justeru, Wahai pengundi Galas yang budiman, bukalah mata hati anda, dan buatlah keputusan dengan mengundi Parti yang selama ini telah membawa kemajuan dan kemakmuran yang dikecapi selama ini.

Rasanya pengundi Galas lebih bijak menentukan yang mana kaca, dan yang mana permata!! Jika pernah tersilap pilih dahulu, jangan diulangi dalam PRK kali ini.

"DULU BUI KO PAS, LA NI BN PULOK !!"

Post a Comment