EDISI GALAS : Sejak Berkawan DAP, PAS Semakin Tinggal Perjuangan Islam, Seolah Contohi UMNO Perjuangkan Melayu



Memang ramai yang berkumpul malam kemarin di Kuala Ibai, Kuala Terengganu untuk mendengar ceramah politik anjuran Pas yang turut mengundang Lim Kit Siang sebagai penceramah jemputan khas. Kebetulan malam yang sama juga diadakan Karnival Suarasa di Kuala Terengganu namun ceramah Pakatan itu masih punya daya tarikannya.
Rata2 mereka seperti saya juga ingin mengetahui perkembangan semasa dari sudut pandangan alternatif, ialah dengan penceramah2 seperti LKS, Mat Sabu dan Nizar, semuanya dari luar. Saya ada mencatat point2 yang dibangkitkan mereka di sini.Sengaja saya tidak beri komen peribadi diartikel itu atau memetik isu2 panas saja untuk memberi peluang kepada pembaca yang tidak dapat hadir, mengetahui apa saja yang dihebahkan kepada rakyat.
Isu Pas mahu meletakkan seorang calon dari orang asli untuk menentang KuLi di Galas sebenarnya lebih dalam bentuk gurauan sinis yang dibangkitkan oleh Nizar yang mengundang gelak tawa penonton. Adalah 2 kali je disebut dan bagi saya adalah tidak adil memetik kata2 gurauan selama beberapa saat itu sebagai mewakili keseluruhan ceramah 3 jam.
Antara beberapa perkara yang ketara semasa ceramah itu adalah :
1- Parti Keadilan Rakyat dan Anwar dipinggirkan, hampir disebut langsung. Ramai yang nak tahu perkembangan terkini kes anwar dan selaku ketua pembangkang yang sedang berdepan masalah, penonton mengharapkan adalah sedikit sebanyak gossip politik tentang perkembangan beliau. Ternyata Pkr dan Anwar tidak relevan malam itu.
2- Beberapa kali disebut tentang ceramah Umno Besut yang membawa tajuk Dap Anti Islam yang disifatkan sebagai fitnah dan suatu yang ekstrim oleh LKS. Juga betapa bersungguhnya Pas cuba menggambarkan betapa Dap itu adalah kawan kepada Islam dan Melayu. Boleh dikatakan itu antara topik utama ceramah malam itu iaitu Dap bukan anti Melayu dan bukan anti Islam.
Tapi tidak ada bukti2 yang dikemukakan selain dari Resolusi Konvensyen PR Disember lalu dimana penceramah menekankan 4 perjanjian bersama iaitu Islam sebagai agama resmi Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Hak Melayu dipertahankan dan Raja2 didaulatkan. Bukti yang dikemukakan Pas dan LKS bahawa Dap Bukan Anti Islam adalah cuma sebab Dap bersetuju Islam sebagai agama resmi. Itu saja. Kenapa Pas pula sibuk mempertahankan Dap sebagai rakan Islam ? Kenapa tidak minta LKS/Dap saja yang menjawap kenapa Dap bukan anti Islam ?
3- Satu lagi agenda utama ceramah malam itu adalah usaha menggambarkan PR adalah alternatif terbaik orang Melayu untuk mempertahankan Hak Melayu. Malam itu satu kelainan saya rasai, tidak sepertimana ceramah2 Pas sebelum ini – Pas banyak bercerita tentang Melayu dari Islam. Sahutan2 takbir juga disambut hambar malah beberapa kali dijadikan bahan lawak oleh penonton bila jeritan takbir oleh juak2 Pas tidak disambut penonton.
Tidak ada disebut langsung perkataan ‘Hudud’ atau ‘undang2 Islam’. Apakah Pas mahu menjadi seperti Umno yang memperjuangkan Melayu yang beragama Islam ?
Bila diungkit isu wakil Dap masuk surau tanpa menutup aurat, apakah jawapan mat Sabu dan disambut gelak tawa penonton ? – Rosmah pun sama !
Bila diungkit isu pemberian derma hasil wang judi di Penang, apakah jawapan Mat Sabu yang juga disambut gelak tawa penonton ? – Umno lagi teruk !
Jadi kesimpulan Mat Sabu yang mewakili Pimpinan Pas dan dipersetujui ahli2 Pas adalah – jika Umno juga buat benda yang salah / haram, Pas juga boleh buat ! ?? Mungkin apa yang cuba ditekankan Matsabu adalah jika Umno nak tegur Pas, pastikan Umno itu bersih dulu dari tuduhan tersebut. Tapi dalam gelak tawa penonton, mereka sebenarnya juga mentertawakan diri sendiri kerana turut sama melakukan perkara salah yang mereka ketawakan itu.Penceramah mengakui perkara2 itu salah tapi cuba menghalalkannya kerana Umno pun sama melakukannya. Jadi apa bezanya Pas ngan Umno dalam isu melakukan kemungkaran ??
Cukuplah saya mengulas hal ceramah itu. Ada lagi tapi lain kalilah. Cuma apa yang ingin saya tekankan, dalam perjalanan pulang dari ceramah itu, saya dapat rasakan Pas menerima saranan Najib supaya melakukan satu anjakan paradigma dalam perjuangannya. Samada mereka sedar atau tidak, Pas kini semakin kearah Umno.?
Petikan dari Din Turtle

Post a Comment