Tetamu Online

Tuesday, July 26, 2011

NAJIB UMUM DUIT RAYA BUAT KAKITANGAN AWAM - PANGKAH BULAN PUN DAPEK!


Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500. 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal. 
"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," katanya. 
Najib berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara. - BERNAMA

Yang korang baca berita kat atas tu berita PM umum yang tahun lepas. Dah basi pun. Tapi aku copy letakkan kat atas. Saja nak umpan. Hahaha...

Jangan marah yer. Apapun aku ada dengar angin bertiup kencang bahawa kakitangan awam tahu ni akan dapat 'double trouble'. Banyak. Lebey dari tahun lepas.

Yang best tew, kakitangan awam yang pangkah bule, yang pangkah roket, yang pangkah gerhana pun dapek. Pastew PAStinya akan dijawab kembali oleh puak yang tak pernah syukur "Ini semua sebab dah dekat pilihanraya umum, kira gula-gula dari kerajaan Najibla".

Yang pelik dan jeliknya, duit ambil, guna, kerja dengan kerajaan BN, tapi sokong Negara Ber"KEBAJIKAN" (bukan lagi Negara ISLE). Sokong Roket "Malaysian Malaysia"..

GHOSTWRITER : "Dengar2 Najib dah tak keluar negara lepas raya ni, apa petandanya tew? Bulan November ni jadi ke? Ke awal tahun depan. dekat dah ni"

15 comments:

Puasa pun belum dah umum duit raya daaa...

Hehe, kalau lepas ni Najib umum duit raye, ape kate kita bako je puak2 yg tak kenang jasa tu... kasi hangit sama diorg.

Aku tak kire ..pasal umpan ngundi kerr..apa kerr..aku nak jugee!...wit xde nih nk raye...pokai bayor utang mcm2..nk juge nk juge...wit raye.!

Assalam Bro

Apa mahu kira sangat duit raya tu... Ini kenaikan gaji tahun lepas pu tak dapat lagi... apa cerita? Kenaikan bulan Januari dan nak masuk Ogos apa pun tak ada...

Tahun lalu masa najib bagi duit raya..kawan2 saya yg pro PKR..pro Pas lah beratur awal2 pagi beratur kat Bank...kata mereka 'ITU HAK KITA'...bila dah dapat hentam kerajaan kata lagi..KERAJAAN TIPU UNTUNG BANYAK NAPE DPT CIPUT JER !...bukan nak berterima Kasih...Saya ingat lagi kata2 tuu... AllahuRobbi !

Kalau takde duit Raya utk kakitangan awam tahun ni, usah dipangkah BN election akan datang ni. Buat mcm tahun 2008 dulu, biar padan muka diorang. Barulah diorang sedar diri sket.

Aku tak kira...nak jugak! nak jugak! nak jugak! ngeh..ngeh..ngeh..

duit dah abis beli cincin

slm semua...

sy staff baru gov... 15hb ni bru nk lapor diri... hahaha...
dpt jgk ke duit raya rm500 tu? untung badan...

office lme tgh mengalami downturn... alhamdulillah sy dpt kerja gov...
thanks god...
aku sangat bersyukur kepadaNYA...

harap harap ada duit raya la...klu tdk hancur harapan aidil fitri ne

PKR ke UMNO ke PAS ke DAP ke aku tak kire yg aku tahu aku nak duit raya........Jgn nak menilai apa2 yang diberi kepada rakyat daripada parti politik ke apa2 ker...

Jgn salah tafsir lah bro ... kerajaan dan parti lain hal lah bro

Aku bekerja bukan untuk UMNO atau Barisan. Aku bekerja untuk kerajaan. Kerajaan Manapun yang memerintah aku tak peduli. Tak betul aku bangkang. aku bukan macam orang kena cucuk hidung. ikut saja. aku tak bodoh. tentang bonus lak... kerajaan bagi pun bukan duit dia. duit rakyat gak yang dikutip, cukai dan sebagainya. Bukan duit UMNO atau barisan dan bukan duit poket najib pun.

saya setuju dengan Anonymous says: August 8, 2011 9:17 AM..Mana2 kerajaan pn dlm dunia ni kna utamakan kbajikan rakyat dlu, sbb rakyat lah raja yg sbnarnya..pduli kn la umno ka, bn ka, pas ka, pkr ka, janji krajaan yg memerintah kna adil dan berbuat kebajikan pd rakyatnya..

kakitangan kerajaan sokong pembangkang tak ada perasaan malu....kata duit kerajaan BN haram tapi telan juga...

Post a Comment

Aku mengalu-alukan komen yang memberikan tumpuan kepada isu dan menggunakan bahasa yang baik; aku bagi ruang korang nak komen, komenla, aku tidak akan padam, tapi kalau nak tembak aku, korang letak nama atau nama blog atau email, ble?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More