ANALISIS AWAL PRK DUN TENANG


Tepat jam 5:00 petang tadi semua pusat pengundian di 12 daerah mengundi bagi Dewan Undangan Negeri Tenang telah pun ditutup sekaligus menandakan berakhirnya proses pemilihan wakil rakyat baru bagi DUN ini. 

Menurut rekod terkini daripada pihak Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) jumlah yang keluar mengundi sepanjang hari ini ialah seramai 10, 579 orang bersamaan 71.75%. Jumlah ini adalah agak tersasar daripada jangkaan awal pihak SPR yang meramalkan peratus keluar mengundi akan mencapai jumlah 80%. Jumlah ini juga dilihat sedikit menyusut berbanding peratusan keluar mengundi semasa Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu iaitu sebanyak 73.52%.

Adalah dipercayai bahawa kemerosotan keluar mengundi ini disebabkan oleh masalah hujan lebat dan kejadian banjir yang berlaku di beberapa lokasi di sekitar DUN Tenang. Para pengundi terpaksa mengharungi arus banjir dan ada diantara mereka terpaksa diangkut oleh para petugas parti-parti yang bertanding untuk keluar ke pusat-pusat pembuangan undi. 

Walau bagaimanapun, kesiapsiagaan dan keprihatinan pihak kerajaan sangat terserlah apabila telah melakukan persiapan awal dalam membantu mangsa-mangsa banjir sama ada untuk keluar mengundi mahu pun berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang lebih selamat.

Post a Comment