PRK DUN Merlimau 6 Mac

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka, pada 26 Februari ini manakala hari mengundi pada 6 Mac jika ada pertandingan.

Keputusan mesyuarat khas SPR di Batu Pahat malam ini itu diumumkan menerusi kenyataan media sebentar tadi.

Kerusi DUN Merlimau kosong selepas penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, meninggal dunia pada 20 Januari lepas akibat serangan jantung.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon Pas, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi. – Bernama

- Posted using BlogPress from my iPad

Post a Comment