Mengaminkan doa atau menyembah berhala? Inilah reaksi Siputdin selepas membawa berita gembira di Merlimau ini. |
Semalam, sebelum mengumumkan calon, setiap wakil pimpinan Pakatan Reban sempat memberikan sedikit penjelasan berkenaan isu Penghantaran Pulang Pelajar Malaysia ke Mesir. Difahamkan bahawa Kerajaan UMNO/BN telah meletakkan tanggungjawab tersebut kepada kerajaan Negeri masing-masing.
Dan bagi kerajaan Negeri Pakatan Reban, Kedah, Kelantan dan Selangor, dengan bangganya Siputdin mengutarakan bahawa kerajaan Negeri akan tanggung sepenuhnya kos penghantaran pelajar Malaysia ke Mesir bagi mengambung kembali pelajaran mereka. Maka berteriakkanla Takbir oleh toktok PAS yang rata-rata berpuashati dengan pengumuman itu.
Diberitakan juga oleh Siputdin bahawa Puak Pakatan Reban sungguh bersatu hati dalam melakukan apa jua tindakan. Dan ikatan ini hasil tunjang oleh 4 perkara. Pertama Pakatan Reban hari ini mengistiharkan bahwa Islam sebagai agama rasmi, kedua kedudukan Raja-Raja Melayu akan dipertahankan, ketiga Hak Keistimewaan Melayu akan dijaga dan keempat Kebebasan bangsa lain mengamalkan agama mereka. Bunyi macam pernah aku dengar semua tunjang yang disebut. Tapi Dimana ya?
Episod Ops Piramid bagi menghantar pelajar Malaysia ke Mesir turut dihiasi dengan berita dari Pulau Pinang. Khalifah LGE dilihat sebagai contoh pemimpin agong Islam yang dicorakkan PAS. LGE dengan bertindak sebagai kerajaan yang bertanggungjawab telah memberikan sejumlah wang yakni bernilai RM1000 sebagai tiket 1st class atau kos yang terpaksa ditanggung kerajaan Pulau Pinang. Selebihnya LGE terpaksa mengadap YDP Negeri bagi mendapatkan lagi RM1000 dari Baitulmal. Inilah gambaran sebenar 1 hatinya DAP dan PAS.
Siputdin juga umpama tidak mengetahui apa-apa perkembangan semasa telah memberitahu rakyat Merlimau bahawa kerajaan Negeri di bawah pemerintahan UMNO/BN tidak diberikan pembelaan sepatutnya. Digambarkan juga Kerajaan Pusat hanya pandai bawa pulang ke Malaysia saja. Nak hantar ke Mesir bagi pelajar ini menyambung kembali pelajaran umpama pas betton kepada kerajaan negeri. Kira lepas tanganla..
Post a Comment