BIAR BETOL!!! Kelantan BERSIH DARI Kegiatan JUDI!!




Sebelum ini Anugerah Tuhan, Anwar Ibrahim menegur Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat berhubung pendiriannya mengharamkan segala perjudian termasuk loteri kebajikan di negeri itu walaupun didesak sekutunya DAP supaya menarik balik pengharaman berkenaan.
Anwar berkata, sepatutnya kerajaan Kelantan berbincang bersama dengan pemimpin parti lain sebelum melakukan sebarang perubahan dari segi undang-undang, peraturan atau pelaksanaan undang-undang di negeri itu.


Terkini, Karpal Singh pula menyalak pada 16 Mac 2011 dalam New Strait Times kepada PAS agar membatalkan pengharaman penjualan tiket (judi). Bukan sahaja Karpal, tetapi Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh DAP) turut mengugut PAS akan hilang undi jika terus meneruskan pengharaman judi. 

Dan siapa kata di Kelantan tiada judi? Tengok betol-betol. Banyak kedai judi haram di Kota Bharu. Tapi dimana penguatkuasaan Majlis Bandaraya Islam ini? Adakah telah disogok sehingga diam seribu bahasa? Sebenarnya, gejala loteri haram dan big sweeps sudah berlaku sejak sekian lama. 

Bila diharamkan, dan tiada lesen yang dikeluarkan terhadap judi, ini menyebabkan kerajaan PAS gagal mengawal dan kegiatan ini tetap berlaku secara sembunyi.


Baru-baru ini Setiausaha Akhbar kepada Nik Aziz Nik Mat, Ahmad Fadhli Shaari telah mengumumkan bahawa PAS Kelantan akan mengkaji semula pengharaman judi loteri di negeri itu selepas Mursyidul Am PAS itu di”belasah” oleh Anwar Ibrahim dan DAP.

PAS hari ini yang ghairah untuk mendapatkan undi melayu dengan kononnya lebih Islamic berbanding UMNO terlupa yang sekutunya DAPig memangkaki judi. Ini membuktikan PAS gagal tarbiah DAPig. Terbukti juga mereka tidur sekatil namun mimpi berlainan. Mana mungkin mereka dapat tadbir negara bersama, jika hal kecil beginipun mereka gagal mendapat kata sepakat. Fikir-fikirkanlaaa..

sumber disini dan disini

Post a Comment