Tolong!! Mala KFC Serang Merlimau!!

Masih ingatkah lagi dengan Normala Sudirman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Mala? Calon PAS yang tewas di dalam DUN Tenang dua bulan lalu. Setelah meletakkan jawatan sebagai Guru, Cikgu Mala kini bergiat aktif sebagai penceramah bebas, di pentas-pentas PAS. Terbaru, Cikgu Mala telah menyampaikan ceramahnya di Merlimau, Melaka, semalam.






Mungkin melalui ceramah-ceramahnya Cikgu Mala boleh berkongsi pengalaman bagaimana beliau ditewaskan oleh calon BN, YB Mohd Azhar Ibrahim. Kita tidak kisah sangat kalau tiap-tiap malam Cikgu Mala hendak berceramah kerana kini beliau tidak lagi berkhidmat sebagai kakitangan Kerajaan. Yang menjadi persoalannya, bagaimana pula dengan suaminya, Cikgu Maarof Abdul Mutalib, yang sentiasa menemaninya di setiap ceramah? Cikgu Maarof pernah ada rekod menipu cuti sakit selama 21 hari semasa PRK DUN tenang tempoh hari. 

Mungkin Kementerian Pendidikan boleh memantau Cikgu Maarof tentang bagaimana seorang Kakitangan Kerajaan boleh berada di pentas pembangkang untuk menghina, memfitnah dan mengutuk Kerajaan yang memberikan beliau dan keluarga sumber pendapatan. Pantau juga adakah Cikgu Maarof mengambil cuti sakit setiap kali menemani isterinya ke luar daerah memberi ceramah. Pepatah English mengatakan, "enough is enough". Kerajaan kena bertegas dengan kakitangannya yang menyokong Pembangkang dan mencaci hina Kerajaan tempat mereka memperolehi sumber pendapatan.

Post a Comment