Patutlah pakatan pembangkang awal-awal lagi tarik diri dari menyertai Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock . Memang seperti diramalkan ada udang di sebalik mangkuk mee.
Akhirnya menerusi suruhanjaya itu terbongkar penglibatan DAP dalam penyelewengan pentadbiran Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.
Ini ekoran pendedahan peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah semasa prosiding Suruhanjaya Siasatan Kematian Beng Hock
Justeru kita amat menyokong penuh desakan beberapa NGO khususnya di Selangor yang mahu mahu perkara tersebut disiasat kerana Beng Hock dikatakan memegang rahsia mengenai projek yang berkaitan parti berkenaan.
Persepsi awal kita Beng Hock mungkin diberi tekanan hebat oleh beberapa pemimpin DAP yang bimbang rahsia aktiviti penyelewengan mereka didedahkan kepada pihak berkuasa.
Dalam hal ini orang ramai mungkin berpendapat Beng Hock menjadi mangsa keadaan kepada dakwaan salah guna kuasa yang didakwa diamalkan oleh pemimpin DAP.
Ini kerana Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock diberitahu mengenai projek di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Kembangan dan Kampung Tunku diberikan kepada kontraktor bernama Lee Wye Wing sedangkan ia sepatutnya diberi kepada kontraktor bumiputera.
Wye Wing menggunakan nama-nama syarikat kontraktor bumiputera bagi memperoleh projek tersebut sedangkan keuntungan diperoleh menjadi miliknya.
Beng Hock pula berperanan sebagai orang tengah dalam menentukan sebut harga bagi projek-projek yang diluluskan untuk disampaikan kepada ketuanya, ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.
Inilah sandiwara DAP yang sedikit demi sedikit terbongkar….. Wahai DAP sampai bila kamu boleh menipu rakyat dengan wayang kamu!!!
Cassem Awang
- Posted using BlogPress from my iPad
Post a Comment