Belum pun proses pengumuman calon berlangsung, pakatan pembangkang di Sarawak semakin dihimpit dengan tekanan kegagalan membentuk kesepaduan dalam berdepan dengan Barisan Nasional (BN )pada PRN Sarawak yang bakal berlangsung 16 April depan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim nampak semakin kusut dengan kegagalan rundingan parti pembangkang termasuk DAP dan PAS yang awal-awal lagi terpaksa sekadar berpuasa hati bertanding 15 dan 5 kerusi sahaja.
Manakala PKR dan parti pembangkang tempatan- SNAP nampak gayanya masih berebut beberapa kerusi panas untuk ditandingi.
Semalam di Sri Aman, Anwar jelas dan nyata menggambarkan bahawa PKR, PAS dan DAP akan cuba bertanding di majoriti kerusi DUN, sekali gus mengisyaratkan tidak mustahil akan berlaku pertembungan tiga penjuru.
PKR nampaknya tidak menghormati 'senioriti' SNAP sebagai pembangkang utama di Sarawak, dan bercita-cita besar menenggelamkan populariti SNAP meskipun PKR sendiri tidak yakin dapat mempertahankan satu kerusi yang dimiliki di Bumi Kenyalang ini.
SNAP sedari awal telah melaungkan pendirian akan tetap mempertahankan prinsip mereka untuk bertanding di beberapa kerusi yang difikirkan berpotensi untuk menang khususnya di kawasan majoriti pengundi Cina dan pribumi.
Selain pertelagahan PKR vs SNAP, pembangkang khususnya PKR dan DAP dilihat mengalami krisis dalaman parti apabila berlaku protes terhadap calon yang diwar-warkan bertanding berbeza dengan pendirian dan sokongan ahli akar umbi.
Ini berikutan ketidakpuasan hati penyokong akar umbi apabila pemimpin pusat pembangkang bersetuju untuk bertukar kerusi DUN Pandungan ( PKR) dan DUN Batu Lintang ( DAP).
Bukanlah suatu yang asing lagi pelik apabila wujud dakwaan pihak tertentu yang mendakwa mereka 'ditikam hidup-hidup' apabila terdapat usaha dari pengerusi DAP Sarawak , Wong Ho Leng dan MP Kuching, Chong Chieng Jen yang membelakangkan suara akar umbi.
Ketika pembangkang mengharapkan pengundi Sarawak termakan dengan slogan 'UBAH', hakikatnya rakyat Sarawak semakin muak dengan dakyah dan kerakusan politik pemimpin pembangkang yang hanya bermatlamatkan kuasa untuk 'pecah dan perintah'!!!
KEPADA PENGUNDI SARAWAK, AYUH KITA HALAU DAN PULAUKAN 'HANTU JEMBALANG' DARI SEMENANJUNG YANG AKAN MULA MENGACAU DAN MERACAU MENJELANG HARI MENGUNDI!!
JOM KITA SEJIWA SENADA PERTAHANKAN SARAWAK BUMI KENYALANG!!
Post a Comment