Politik licik DAP berjaya berbanding PKR dan PAS | Analisis KENAPA?

Barisan Nasional 55 daripada 71 kerusi bertanding
DAP 12 daripada 15 kerusi bertanding
PKR 3 daripada 49 kerusi bertanding
Bebas 1



Pakatan Pembangkang terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sudah pun menamakan bakal Ketua Menteri daripada parti itu beberapa hari selepas penamaan calon tentunya tersentak dengan kekalahan besar dengan hanya memenangi tiga sahaja daripada 49 calonnya yang bertanding.

Ironinya, PKR umpama merelakan untuk DAP naik dengan kemenangan berganda berbanding tahun 2006. Buktinya, PKR menyerahkan kerusi Pandungan yang telah dimenanginya kepada DAP bagi membolehkan DAP menambah kerusinya dan George ak Lagong, yang dipecat daripada PKR enam hari lepas setelah bertanding atas tiket Bebas, merupakan pemenang tunggal dalam kalangan 41 calon bebas.

Dan PAS, sebuah lagi parti dalam Pakatan Rakyat yang berpusat di Semenanjung, tumbang dalam kesemua kerusi yang ditandinginya walaupun hampir kebanyakkan Pemimpin PAS dan jentera dari semenanjung turun bagi memastikan PAS memenangi 5 kerusi yang ditandingi mereka.

Analisis Aku pada awal pagi ini adalah ini menarik perhatian bagaimana politik bijak DAP memainkan peranan dalam memastikan PKR tunduk dengan kemahuan mereka. Kenapa ini berlaku? Adakah secara kebetulan atau ianya memang telah dirancang dengan rapi?

Secara kebetulan atau tidak, umum tahu PKR dan PAS hanyalahnalat perkakas yang sentiasa menyokong dan mempertahankan sekutu mereka DAP. Dan jika didengari ceramah PAS mahupun PKR, maka pastinya mereka akan mengagung-agungkan Pimpinan Lim Guan Eng yang kononnya menambah peruntukkan untuk masjid.

Maka bertepuk dan bersoraklah gembira bagi mereka yang lupa, bahawa umpan DAP yang bijak mengatur langkah bagi memastikan Malaysia menjadi seperti Mentornya Singapura. Jika dikaji dengan teliti, cara inilah yang digunakan PAP untuk mendapat mandat di Singapura.

Kesimpulannya, sedar atau tidak Malaysia bukan lagi sebuah negara yang terjamin politiknya dek kerana ada pihak disebelah sana yang cuba untuk bermain politik bagi kepentingan peribadi dengan menaburkan pelbagai janji palsu dan mengapikan rakyat.

Apapun penulisan aku kali ini agak memerlukan anda pembaca untuk berfikir. Dan dengan ini, bermula saat ini aku akan berjuang dan berikrar akan menentang habis-habisan serpihan parti PAP di Malaysia yakni DAP!

- Posted using BlogPress from my iPad

Post a Comment