Selepas sekian lama berteka-teki, akhirnya senarai nama calon BN diumumkan petang semalam.
Rata-rata akhbar arus perdana hari ini memuatkan berita pengumuman calon BN di muka depan akhbar masing-masing termasuk senarai nama calon baru. Ada yang mendakwa 17, ada juga yang mendakwa 18 dan ada juga yang mendakwa 20.
Perbezaan jumlah muka baru yang dimainkan akhbar bukanlah suatu yang penting untuk dipertikai, sebaliknya telah jelas BN mempunyai alasan tersendiri termasuk untuk memberi nafas baru kepada landskap politik Sarawak dalam memastikan agenda pembangunan menjadi teras perjuangan BN di Bumi Kenyalang ini.
Setakat ini, hanya kerusi Ba’kalalan yang masih misteri tanpa calon. Difahamkan BN bakal mempertaruhkan calon terbaik di kerusi Ba’kalalan memandangkan pembangkang dijangka menurunkan Pengerusi Perhubungan PKR Sarawak, Baru Bian.
Beberapa blog turut mengulas kemungkinan BN akan mempertaruhkan seorang yang berprofail yang juga merupakan anak watan Ba’kalalan. Samada ramalan itu betul atau sebaliknya, kita tunggu dan lihat.
Dalam perkembangan sama,tiga nama pemimpin senior digugurkan daripada bertanding mewakili BN antaranya Speaker DUN Sarawak, Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semop daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) dan penyandang kerusi DUN Dudong, Dr Soon Choon Teck daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
Manakala penyandang kerusi DUN Pelagus, Larry Sng yang dipecat daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) pada 2007 turut tidak dicalonkan BN bagi PRN Sarawak ke-10, 16 April depan.
Kini, giliran rakyat Sarawak pula yang akan menentukan kesinambungan pembangunan dan kemakmuran yang dikecapi hari ini akan terus mekar subur di bumi bertuah ini atau sebaliknya.
Ingatlah, pengundi perlu untuk berfikir secara waras sebelum membuat keputusan. Jangan mudah digula-gulakan dengan ‘Saudagar Mimpi’ yang menjanjikan bulan dan bintang sedangkan hakikatnya jauh panggang dari api.
Pembangkang tentunya akan memainkan isu pembangunan yang tak sudah, namun harus diingat, dendangan mereka hakikatnya LEBIH AUTA DARI FAKTA !! Jangan dilupa hakikat ini !!!
’JANGAN KERANA MARAHKAN NYAMUK, KELAMBU PULA YANG KITA BAKAR.’ BERILAH UNDI KEPADA YANG TELAH TERBUKTI MEMBAWA KEMAKMURAN DAN PEMBANGUNAN YANG DIDAHAGAKAN GENERASI HARI INI DAN MASA DEPAN !!
JOM KITA SEJIWA SENADA PERTAHANKAN SARAWAK BUMI KENYALANG!!
Post a Comment