Rentetan PAS Bunuh Budak 7 Tahun : Kronologi Keganasan PAS

Kronologi Keganasan PAS






3 April 2011: Insiden kecederaan yang membawa maut. Seorang murid umur 7 tahun di Sekolah Rendah Islam Al-Furqan di Jejawi, Perlis meninggal dunia setelah koma beberapa hari akibat dipukul oleh guru sekolah berkenaan yang merupakan ahli PAS.


8 Mei 2009: Insiden tidak menghormati Raja Melayu. YB Nizar Jamaludin, bekas Menteri Besar Perak dan ADUN PAS, DAP dan PKR membuat kecoh di Dewan Undangan Negeri sehinggakan majlis Perasmian Sidang DUN yang akan disempurnakan oleh Raja Muda Perak terpaksa ditunda selama 5 jam.


2009: Insiden tidak menghormati Raja Melayu. Para penyokong PAS menghalang kenderaan Raja Muda Perak dari bergerak ke Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar untuk upacara mengangkat sumpah Menteri Besar yang baru dari Barisan Nasional. Penyokong PAS dengan memakai jubah tidur di atas jalan raya di hadapan kereta Raja Muda Perak sebagai cara menghalang baginda untuk hadir ke upacara berkenaan. Sebahagian yang lain pula bertindak membaling batu kearah kenderaan baginda.


8 September 2007 : Insiden tidak menghormati undang-undang Negara. Penyokong-penyokong PAS menghalang Polis menjalankan tugas apabila membuat huru-hara dalam ceramah BERSIH di Batu Buruk Terengganu dengan membaling bom petrol dan batu.


2007: Insiden demonstrasi. PAS terlibat dalam demonstrasi anjuran BERSIH yang menyebabkan kesesakan jalan raya yang teruk dan para peniaga sekitar Kuala Lumpur kerugian ribuan ringgit apabila tidak dapat menjalankan urus niaga pada hari berkenaan.


2001: Penglibatan dengan militan. Nik Adli Nik Aziz, anak Mursyidul Am PAS ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA) atas kesalahan terlibat dengan kegiatan militan dan menjadi ahli Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM).


2 Julai 2000: Insiden Al-Maunah. Kumpulan Al-Maunah yang merompak senjata di Kem Tentera dan membunuh seorang anggota polis dan seorang tentera di Bukit Jenalik, Perak adalah sebahagianya ahli-ahli PAS.


1999: Kejadian pukul pelajar. Nik Adli Nik Aziz, anak Mursyidul Am PAS ditahan polis kerana didakwa membelasah pelajarnya di Sekolah Agama Darul Anuar Pulau Melaka, Kelantan. Pelajar itu menerima empat jahitan akibat cedera
di kepala selepas ditendang, ditumbuk dan dipukul dengan kerusi oleh Nik Adli.


19 November 1985: Peristiwa Memali, Kedah. Insiden ini mengorbankan 18 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. Dalam pertempuran diantara pihak Polis dan penyokong PAS, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya telah terbunuh.




Ulasan:
PAS sebagai sebuah Parti yang mengaku dan mendabik dada kononnya berjuang atas landasan agama Islam sepatutnya merombak system tarbiah parti mereka kerana terbukti selama ini system tersebut telah melahirkan manusia yang berhati keras, ganas dan emosional.


Semakin lama PAS berada dalam arus politik tanah air, semakin terserlah kegagalan PAS mendidik ahli-ahli mereka untuk menjadi pendakwah dan pendokong gerakan Islam yang sebenar.


Tindakan yang diterjemahkan oleh ahli-ahli PAS dalam bentuk anti establishment yang keterlaluan seperti demonstrasi jalanan, provokasi dan tidak mematuhi arahan pihak berkuasa hanya akan menghasilkan kemudaratan yang lebih besar dalam jangka masa panjang.


Imej PAS sudah banyak tercalar apatah lagi dengan tindakan para pemimpin PAS yang diselubungi ‘denial syndrome’ yang asyik menyalahkan pihak lain setiap kali berlaku kelemahan dalam parti mereka.


Keserabutan dalam meletakkan priority juga sekali lagi menjadikan kewujudan PAS dalam konteks politik Islam sebagai tidak relevan dan bercanggah dengan ruh Islam.

Post a Comment