Selepas puas pemimpin pembangkang menafikan skandal moral Anwar, hari ini bukti video ditayangkan di muka depan media cetak dan mendapat liputan hangat media elektronik bagi menunjukkan kepada rakyat siapa sebenar lelaki yang dimaksudkan selama ini.
Bagi yang tak berapa percaya, saksi dan nilai sendiri adakah benar pemimpin kanan pembangkang itu adalah individu yang dimaksudkan.
Difahamkan Anwar dan pemimpin pembangkang akan terus mempertahankan benang yang basah, sedangkan mereka sendiri TIDAK MUSTAHIL mula meragui Anwar yang selama ini disanjung sebagai pemimpin yang bersih dan teraniaya.
Bagi penyokong tegar Anwar, tentu-tentu cacian dan tuduhan fitnah dilemparkan terhadap UMNO / BN, kononnya ini semua ada petualang yang dendam kesumat dengan pemimpin mereka.
Apa sekali pun, nampaknya talian hayat bro Anwar dan Pakatan semakin menuju ke liang lahad. Dan pengundi di Sarawak bakal diberi penghormatan untuk ‘menghukum’ golongan perosak atau ‘ hantu jembalang’ sepertimana yang disebut-sebut pemimpin BN dalam kunjungan mereka ke Sarawak, baru-baru ini.
Agak-agak, apa lagi dalih yang nak dihamburkan Anwar? Apa pula hujah Pas nak mempertahankan bekas tokoh ABIM ini? Dan adakah Lim Guan Eng dan Karpal Singh masih lagi mahu mempertahankan Anwar daripada semua tuduhan sebelum ini? Kita tunggu dan lihat.
Belumpun gendang PRN Sarawak dipalu, nampaknya Anwar dan Pakatan Rakyat akan dipalu lebih dulu oleh rakyat seluruh negara. Apa akan jadi pada Anwar? PKR? Dan Pakatan Rakyat? Kita tunggu dan lihat !!!
Kepada pengundi Sarawak, ayuh bulatkan tekad!! Jom Kita Sejiwa Senada selamatkan Sarawak dari petualang bangsa yang akan mengadaikan masa depan anak bangsa!! Jangan biarkan hidup kita diselubungi MISTERI ANWAR!!
Post a Comment