Ladang Rakyat, Siapa Untung? : CINA atau RAKYAT


Dari sehari ke sehari, Nik Aziz dimalukan oleh orang yang pernah dihinanya. Bukan kecil anak bila Nik Aziz bercakap tentang agama. Kalau dijadikan bahan berhujah, mungkin akan menimbulkan konflik beragama di seluruh dunia. Malah akan menyebabkan para ulama akan terpinga-pinga kerana bijaksananya Nik Aziz apabila berhujah agama. Sedangkan hakikatnya, Nik Aziz hanyalah seorang ahli politik tua yang sudah kehilangan modal untuk meneruskan hidupnya selaku ahli politik!!!

Kehebatan Nik Aziz sudah beransur-ansur hilang. Perasaan hormat orang ramai terhadap Nik Aziz juga telah dicabut oleh Allah Taala, terutama yang berasbab musababkan menantunya Ariffahmi serta KEBODOHAN Nik Aziz dalam urusniaga perniagaan seperti yang berlaku dalam rancangan Ladang Rakyat di Dabong.

Mungkin beranggapan statusnya sebagai Tok Guru, maka tindak tanduknya tidak akan dipertikaikan. Namun, agak malang bagi Nik Abdul Aziz dia terlupa bahawa ada ‘mata’ lain yang lebih melihat setiap perbuatannya.

Nik Abdul Aziz dan para pemimpin PAS seringkali menyalahkan UMNO kerana menghilangkan tanah rezab Melayu semenjak 53 tahun UMNO memerintah Malaysia, tetapi selama 20 tahun memerintah Kelantan, berapa pula luas tanah Melayu yang telah PAS hilangkan dan gadaikan kepada syarikat-syarikat Cina?

Tiada sesiapa pun yang mahu membuktikan kecurangan PAS kepada orang Melayu, Bumiputera dan kaum Pribumi di Kelantan. Ladang Rakyat di Dabong telah dijual kepada syarikat bukan bumiputera dengan harga RM12.75 juta.

Ladang Rakyat kononnya untuk rakyat miskin di Kelantan. Kononnya untuk menyaingi FELDA yang dikatakan tiris, tidak mampu mengubah nasib Melayu, mencekik darah dan sebagainya. Maka sejumlah tanah seluas 2,963 ekar di Mukim Kandek, Dabong telah diserahkan kepada Rahmat Ibrahim dan Amnah Ibrahim atas nama Ladang Ternakan Maju Sdn. Bhd (LTM) pada 23 Mac 2006.

Yang mendapat keuntungan daripada tanah yang diserahkan kepada Rahmat Ibrahim dan Amnah Ibrahim itu adalah dua tiga orang pemimpin PAS dan taukeh Cina, bukan orang miskin Kelantan sebagaimana yang didakwa.

Sebabnya Rahmat Ibrahim dan Amnah Ibrahim hanya proksi kepada taukeh Cina yang memiliki Leong Hup Holdings Sdn. Bhd (LHH). Apabila Kerajaan Negeri Kelantan atau lebih tepat lagi Nik Abdul Aziz menandatangani perjanjian dan penyerahan tanah di Dabong itu kepada Rahmat dan Ibrahim, serta-merta kedua-dua beradik tersebut melepaskan pegangan mereka di dalam Ladang Ternakan Maju Sdn. Bhd kepada Leong Hup Holdings Sdn. Bhd dengan penjualan saham milik mereka bernilai RM12,750,000 (Ringgit Malaysia Dua Belas Juta Tujuh Ratus Lima Puluh Ribu). Penjualan pemilikan turut merangkumi kesemua aset dalam LTM kepada LHH.

Satu transaksi perniagaan yang sebenarnya sangat ketara pembohongannya. Rahmat Ibrahim dan Amnah Ibrahim hanyalah penyedap cerita untuk menunjukkan PAS Kelantan sebenarnya bekerja dengan orang Melayu tetapi kedua-dua orang Melayu itulah yang telah ‘menjual’ tanah yang dipajakkan kepada Leong Hup Holdings bersama-sama semua aset Ladang Ternakan Maju Sdn. Bhd.

Paling menarik apabila Leong Hup Holdings Sdn. Bhd turut memiliki tanah seluas 10,095 ekar untuk Fasa 1 Ladang Rakyat di Jajahan Gua Musang. Tanah tersebut berstatus pajakan untuk 99 tahun.

Pembohongan demi pembohongan tentang Ladang Rakyat dibuat. Dan yang paling menarik apabila dikatakan PAS Kelantan mendahului rancangan pembangunan tanah, kononnya dengan menubuhkan Lembaga Kemajuan Tanah negeri. Padahal apa yang berlaku ialah Rancangan Pembangunan Tanah Persekutuan telah pun bermula di Kelantan pada tahun 1958, setahun selepas merdeka. Salah satu daripada tanah rancangan tersebut bertempat di Pasir Kelang dalam Jajahan Kuala Krai, yang dinamakan sebagai Rancangan Pembangunan Tanah Pasir Kelang (RPTPK).

RPTPK merupakan perintis kepada penubuhan FELDA dan FELCRA. RPTPK mendapat bantuan dan pembiayaan daripada Kerajaan Persekutuan, bukannya kerajaan negeri!

Nik Abdul Aziz sebenarnya tidak lebih daripada seorang tua BEBAL yang dipaksa berbohong bagi pihak orang lain. Puluhan ribu hektar tanah di Kelantan, khususnya di Hulu Kelantan telah diserahkan kepada pihak luar bagi mendapatkan keuntungan segera. Dengan menggula-gulakan RM200 sebulan kepada para peserta Ladang Rakyat, pemberian tersebut tidak langsung mengurangkan kemiskinan.

Keutamaan pengagihan dividen diberikan kepada penyokong tegar PAS. Persepsi PAS Kelantan untuk menunjukkan ladang tersebut kepunyaan rakyat, sebenarnya hanya retorik kosong. Ladang itu bukan hak rakyat sebaliknya milik pemodal-pemodal serta kapitalis Cina terutama dari Singapura.

Dan pendedahan tanah Ladang Rakyat Dabong sudah cukup untuk membuktikan bahawa jerit-pekik Nik Aziz tentang tanah rezab Melayu yang kononnya digadaikan oleh UMNO sepanjang 53 tahun memerintah, sebenarnya taktik untuk menutup perangai jahat PAS Kelantan yang telah pun menggondolkan dan merampas tanah di Hulu Kelantan untuk diserahkan kepada orang asing.

Post a Comment