Semalam gempar dengan satu lagi tindakan DAP Pulau Pinang yang dilihat semakin berani bermain api. Namun di sebalik itu, kita perlu tahu agenda sebenar dan arahan siapa disebalik pilihanraya Masjid ini. Berikut adalah salinan berita berkenaan isu ini.
Kerajaan negeri Pulau Pinang telah memutuskan kaedah pemilihan Anggota Jawatankuasa (AJK) Kariah Masjid di seluruh negeri menggunakan sistem pengundian dalam kertas undi ala pilihan raya.
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim berkata kaedah pemilihan yang diperkenalkan itu adalah persetujuan bersama dengan pelbagai pihak termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAI), Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"Menerusi perbincangan dan percambahan fikiran dengan pelbagai pihak, kerajaan telah bersetuju dan mahu kaedah pemilihan jawatankuasa kariah yang lebih telus, berbanding dengan tatacara pemilihan sedia ada," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Katanya, kaedah pemilihan secara undi itu bertujuan untuk mengembalikan hak anak-anak kariah untuk mencalon dan memilih pemimpin kariah masing-masing kepada MAIPP.
Beliau berkata satu tatacara pemilihan jawatankuasa kariah masjid bagi tempoh 2012-2013 bagi memberi panduan mengenai kaedah pemilihan dan borang pencalonan telah diedarkan kepada semua masjid dengan tarikh tutup pencalonan pukul 12 tengah hari, esok.
Persoalan aku, adakah benar ini semua persetujuan bersama seperti yang dilemparkan oleh insan yang bernama Abdul Malik Kasim? Atau ini semua arahan dari Khalifah LGE yang dilihat semakin bijak mengatur buah caturnya sehingga kepada pemilihan Anggota Jawatankuasa (AJK) kariah masjid di seluruh negeri bagi memudahkan LGE memantau perjalanan pentadbiran masjid?
Fikirkanlah melayu Islam. Cina DAP jika dapat negeri pun semua hal pentadbiran termasuk di masjid pun mahu diintai takut ada pergerakkan yang tidak memihak kepadanya. Bayangkan jika mereka mendapat kuasa mentadbir negara. Barulah Hasrat Negara Islam PAS akan tercapai.
MRGHOSTWRITER : "Melayu Islam, jangan terlalu berlembut hati sangat dengan Cina DAP bangsat ni!!"
Post a Comment