BERshit impikan DEMONTRASI AMAN!!

Dari pembacaan aku di FB, ramai yang masih menyokong agenda BERshitt walaupun tidak menyokong Ambiga. Apa yang mereka impikan adalah demontrasi BERshitt yang aman. Polis diminta supaya beri kerjasama kepada usaha mereka. Apa yang dipohon adalah supaya pihak polis melancarkan trafik di sekitar bandaraya Kuala Lumpur sepanjang Jutaan Pendemo BERshitt berjalan kaki. 

Umum tahu, KL sebuah bandaraya yang sibuk, penuh dengan kenderaan, bagi aku kenapa BERshitt perlu sangat pihak polis untuk melayan kerenah mereka. Jika benar mahu meneruskan juga, panggilla Unit Amal untuk menjaga trafik sepanjang acara berlangsung. Pengajur BERshitt sedar, bukan mudah untuk mengawal trafik KL, inikan pula untuk menjaga jutaan, lautan manusia yang berdemo ditengah ibu negara.

Berdemo jika betul penuh etika dan adab sopan ketimuran takpa, tapi yang datang penuh dengan amarah yang diracun oleh mereka yang bijak bermain percaturan politik. Kononnya rakyat marahkan kerajaan sedia ada. Namun hakikatnya adalah rakyat ditipu oleh wayang opera.

Nah 1Malaysia jika disebut, dipaparkan dimana-mana, pastinya ada pihak yang memperkata "ini semua political mileague," namun jika disebut BERshitt, "ini semua untuk menyuarakan suara rakyat". Adakah ini petanda rakyat Malaysia semakin bijak? Atau politik berjaya meracun minda?

Untuk rekod, polis sekarang sedang bergempur dengan siapa saja yang mempunya kaitan dengan BERshitt. Semua baju yang cuba diedarkan akan dirampas. Blogger penjilat Amiga dan BERshitt telah menulis bahawa, rampasan baju BERshitt ini semua adalah untuk diberikan kepada PEMUDA UMNO/PEKIDA/PATRIOT/PERKASA untuk dipakai bagi membuat kecoh dalam demo aman mereka.

Tuduhan ala-ala mereka semua adalah BERshit, tak pernah buat kacau, dan amat cintakan keamanan negara ini adalah bagi memudahkan mereka untuk menuding jari. Jika berlaku kekecohan, ini semua kerja UMNO/Barisan Nasional yang cuba menggagalkan urusan mereka.

Sedarilah bangsaku, BERshitt hanya untuk political mileague Anwar Ibrahim. Perancangan membuat kacau dan berdemo ini semua adalah tindakan dirancang bagi memburukkan negara di mata dunia. Fikir-fikirkanlah... Kita semua bijak memikir yang mana permata, yang mana kaca.

Post a Comment