Sekarang ni aku nak kongsi pasal Kerajaan Selangor dah umum bonus raya pada kakitangannya, macam tahun lepas juga lah...bila dah satu negeri umum Kerajaan negeri lain juga turut berlumba-lumba mengumumkan insentif untuk kakitangan masing-masing, insyaallah nanti adalah pula pengumuman Kerajaan persekutuan kepada kakitangan awam lain.
Walaubagaimanapun, disamping kita menghitung-hitung bonus raya yang boleh dikatakan masih jauh lagi, jangan kita lupa bonus yang paling lumayan dan besar manfaatnya di bulan Ramadhan ni, iaitu malam lailatul qadar, jangan tunggu sepuluh malam terakhir je, kita perlu bermula dari sekarang untuk bersama- sama mendapatkan kelebihan malam yang lebih baik dari seribu bulan lipat ganda amalannya...semoga kita semua akan terpilih untuk memenuhinya dengan perkara yang berfaedah dengan amalan ibadat kepadaNYA.
sumber : harrazdani
Post a Comment