"Persekitaran Malaysia tidak sesuai untuk Hudud?" kata Najib dan Menteri seantero BN? Adakah ini hujah yang bijak? Ini hujah yang membunuh. Buktinya Pembangkang yang kini tersepit dek kerana hudud yang mahu dilaksanakan PAS ditentang DAP dengan mudah menempelak BN. Jawapan tidak sesuai ini seperti menunjukkan bahawa Islam ini tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia. Hujah mudah pakatan rakyat, BN tolak hudud dan tolak Islam.
Bagi Isu Hudud ini aku lihat kegagalan BN untuk memanifilasi isu yang mudah. Cara menjawab sepatutnya adalah "kerajaan BN dalam usaha ke arah melaksanakan hudud di Malaysia." Buktinya mudah, dari sekolah agama rakyat hingga universiti Islam peringkat Antarabangsa semua dibuka BN bagi mewujudkan cerdik pandai ke arah mengenalpasti dan mengatasi masalah yang bakal ditimbulkan DAP jika BN laksanakannya kelak.
Usaha perlu digerakkan dari awal. Sediakan cerdik pandai, seterusnya ke arah melaksanakannya. Untuk laksanakan sesuatu yang baru bukan sekadar perlukan setakat sekolah pondok yang diwujudkan PAS tetapi sokongan kuat rakyat dari bangsa seagama yang memang telah berpecah 2 dek kerana parti yang berbeza agenda.
Tanpa penyatuan antara dua parti yang berbeza agenda namun terdiri dari bangsa dan agama yang sama, mana mungkin hudud dapat dilaksana.
Hudud : Dimana silapnya? PAS cenderun meletakkan BN bersalah kerana memberi jawapan yang salah, BN pula gagal memanifilasi isu hudud dengan meletakkan sebab yang mudah di'spin' PAS....
Selagi PAS bersama DAP, mana mungkin hudud dapat dilaksanakan. Fikir-fikirkanlah.
- Posted using BlogPress from my iPad




3 comments:
Yg jadi masalahnya ialah Nik Aziz kata Hudud untuk org Islam sahaja, itu yg Dr M dulu pun tolak. Bukan tolak hudud tapi tolak hudud yg pas nak cadangkan kerana ia tidak menampakkan keadilan. Takkan ada dua hukuman utk satu kesalahan. Sbg contoh, 3 perompak yg terdiri dari melayu (Islam), cina & india (bukan Islam) telah ditangkap merompak dgn saksi & bukti yg cukup. mamat melayu Islam ni kena potong tgn ( enakmen hukum hudud), Cina & India kena penjara 3 tahun (undang2 sivil) sbb dia bukan Islam? Adilkah begini? Ini persoalannya.
...tetapi kata orang DS Najib takut kepada Chua Soi Lek pasal bab Hudud ni...betul ke?
Salam,
"Persekitaran Malaysia tidak sesuai untuk Hudud" sama juga maksudnya "manusia lebih bijak dari Tuhan". Aku takut gugur je dia akidah kalau cakap mcm ni. Seolah-olah manusia lebih pandai menggubal undang2 mengikut keadah semasa, undang2 yg Tuhan gubal tidak sesuai.
Kepada yg nak komen tentang hudud, baik diam je atau pikir nam blas ratus kali sebelum mengomen. Jangan persoal ilmu Allah. Jangan kata kalau nak buat kena masuk qisas la, takzir la, itu la, ini la. So, masukkan je la, kenapa x buat? Nik Aziz nak buat, bagi je surat kata kalau enta nak buat, masukkan sekali qisas, takzir dan undang-undang islam lai. bukan sekerat2. Lepas tu, tulis lg, islam ke, non-muslim ke mesti sama, xde double standard. Kalau dia buat baguss, kalau dia xbuat itu tandanya dia pun gilakan undi org kapir...
Post a Comment
Aku mengalu-alukan komen yang memberikan tumpuan kepada isu dan menggunakan bahasa yang baik; aku bagi ruang korang nak komen, komenla, aku tidak akan padam, tapi kalau nak tembak aku, korang letak nama atau nama blog atau email, ble?