Tetamu Online

Tuesday, September 13, 2011

JOM BACA!! Penjelasan Cukai Perkhidmatan yang dikenakan oleh TELCO!!



Ramai rakan-rakan Twitter tanya kenapa tidak dimansuh terus service tax untuk perkhidmatan pra-bayar. Kenapa hanya ditangguh? Saya cuba jelaskan. Cukai perkhidmatan lima peratus ini dikenakan sejak tahun 1998 kepada semua syarikat telco. Cuma (selama ini) telco telah tanggung cukai ini tanpa dialihkan kepada penguna. 

Cukai ini telah dibayar kepada kerajaan oleh telco tanpa dialihkan tanggungan tersebut kepada pengguna sebagai tambahan kos pembelian produk.

Isu terkini timbul bila Kerajaan naikkan service tax ke enam peratus. Maka telco mengambil peluang alihkan semua kos pada pengguna (lima peratus asal + satu peratus baru) 

Bagi telco hujah mereka mengapa dikenakan cukai dua kali: cukai korporat DAN kena tanggung cukai perkhidmatan yang patut dibayar pengguna. 

Jadi kerajaan melalui Datuk Seri Rais Yatim runding supaya perkara ini ditangguhkan dulu. Kenapa tidak dimansuhkan terus? Sebab sekiranya dimansuhkan, kerajaan hilang pendapatan. Dan pendapatan ini dibayar oleh telco, bukan pelanggan pun. 

Oleh yang demikian, walaupun tidak dimansuhkan ia tidak bebankan rakyat sebab balik pada senario asal iaitu syarikat telco yang bayar dan Kerajaan peroleh cukai. Saya antara yang bantah cukai ini dialih kepada pengguna. Tidak munasabah dalam keadaan ekonomi hari ini juga terlalu mengejut. 

Isu cukai senang dimanipulasi dan perkara yang sedikit rumit (untuk) difahami. Sepatutnya penerangan dibuat dulu. Cakap ini tanggungan pengguna sebenarnya. Lepas tu adakan pelan peralihan. Tiga tahun kedudukan sama. Lepas tu satu peratus dulu dialih kepada pengguna.

Setiap tahun mungkin ada tambahan satu peratus. Ada jadual jelas. Dan buat pengecualian total untuk pelajar contohnya. Barulah mudah diterima. Cuma cadangan dari Ketua Pemuda kerdil tapi saya percaya tidak akan mengejutkan dan meletup seperti isu hari ini. Wallahualam.


12/9/2011 NOTA PENGARANG: Kenyataan ini berasal dari tweet Saudara Khairy Jamaluddin dan diemailkan kepada agendadaily oleh brojinggo@gmail.com

1 comments:

assalam... bagi pendapat saya lah... jika 6% cukai tu ditanngung oleh telco dengan angaran RM570 juta setahun... so yang 94% tu... yang diperolehi oleh telco sebanyak 8.9 billion tu... yang diperolehi telco.. telco belanja buat apa.... jika bagi purata 5 buah telco... masing2 dpt laba 1 billion lebih.. ( jika tolok kos operasi.. berapa telco untung ) tapi dasar nak untung banyak... 570juta pun nak hisap lagi keringat rakyat... elok kerajaan buat je syarikat telco sendiri dan monopoli perkhidmatan.. dan tawarkan sms dan panggilan free... cuma bayar on time rm100, dan rm 10 utk free call sebulan... baru padan muka telco... 570 juta nak berkira... dah dapat berbilion2 dari top up.... itupun nak berkira... ( jika TM boleh bagi free call telefon umah ke umah fixline... mengapa sms dan call free tak boleh buat @ bayar dengan harga rendah ) ini tak... panggilan dijawab voicemail pun ditolak kredit... dasar telco lintah darat... hisap..10sen 10 sen... rupanya jadi berjuta2... ish2...

Post a Comment

Aku mengalu-alukan komen yang memberikan tumpuan kepada isu dan menggunakan bahasa yang baik; aku bagi ruang korang nak komen, komenla, aku tidak akan padam, tapi kalau nak tembak aku, korang letak nama atau nama blog atau email, ble?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More