PRU13 : Puak Fuckatan Pening Sapa nak jadi PM?



 Dalam soal menentukan siapa yang layak menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sekiranya Pakatan rakyat (PR) berjaya membentuk kerajaan dalam pilihan raya akan datang, PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) nyata  berbeza pandangan.


Jika sebelum ini Pakatan Rakyat (PR) melalui kenyataan orang kepercayaannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa jawatan Timbalan Perdana Menteri boleh diisi oleh pemimpin bukan Islam atau mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua untuk membalas kepercayaan penyokong mereka yang bukan Islam, nada yang disuarakan oleh PAS hari ini pula berbeza.


Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali semalam memberi jaminan kepada ahli PAS bahawa jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri akan diisi oleh pemimpin Islam sekiranya PR berjaya menubuhkan kerajaan dalam pilihan raya akan datang.


Apa yang disuarakan oleh PAS itu bukan sahaja bertentangan dengan kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Anwar Ibrahim tetapi juga menunjukkan dalam soal menentukan siapa yang layak menjadi pemimpin tertinggi, PAS mempunyai pandangan dan pendirian yang nyata berbeza.


Pendirian berbeza PAS dan sekutu dalam Pakatan dalam soal ini menunjukkan mereka hanya bersatu dan kuat untuk menjatuhkan kerajaan dengan apa cara sekali pun tetapi dalam soal kepentingan dan perjuangan parti, masing-masing ada haluan sendiri.


Jika sebelum ini mereka bertelagah dalam isu pengagihan kerusi dalam pilihan raya akan datang, isu yang mereka timbulkan kali ini jelas menunjukkan ketidaksefahaman apabila membabitkan soal kepentingan walaupun ia sedaya upaya cuba ditutup oleh pemimpin-pemimpin mereka.


Naib Presiden PKR, Tian Chua ketika mengulas kenyataan Mustafa Ali itu menganggap jaminan yang diberikan oleh PAS mengenai kedua-dua jawatan tertinggi itu adalah pendirian politik PAS dan bukannya persetujuan bersama. Sebaliknya perkara tersebut akan dibincangkan semula sekiranya Pakatan berjaya menguasai kerajaan.


Apa yang disuarakan oleh Tian Chua itu jelas menunjukkan baik PAS mahu pun PKR dan DAP, masing-masing mempunyai pandangan dan pendirian berbeza dan kenyataan Tian Chua itu juga menunjukkan PKR turut berminat dan bercita-cita untuk menempatkan calon dari bukan Melayu (Islam) untuk jawatan tersebut dan bukannya mengekalkan status quo seperti mana yang diamalkan oleh UMNO hari ini.


Sementara dalam soal itu pula, PAS menggunakan isu tersebut untuk terus mempertahankan sokongan pengundi Melayu dengan memberikan jaminan yang belum tentu dipersetujui oleh rakan sekutu mereka.


Memberikan jaminan yang hanya membuai sentimen pengundi Melayu, PAS sebenarnya semakin tersepit dalam perjuangannya yang kini semakin dibayangi oleh PKR dan DAP.


Semua ini jelas dilihat melalui kenyataan-kenyataan dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin PAS kebelakangan ini yang bertujuan untuk mengalih sokongan pengundi Melayu dengan mengeluarkan kenyataan berbentuk fitnah dan tohmahan tidak berasas untuk menjatuhkan imej UMNO.


Dan kelompok yang rugi dengan permainan politik PAS ini sudah tentunya bangsa Melayu yang kini berpecah belah semata-mata terpengaruh dengan politik berkepentingan PAS yang semakin dihakis oleh PKR dan DAP.
sumber dipetik dari Malaysiaaktif


GHOSTWRITER : Susah sangat bagi DAP jerla..

Post a Comment