Universiti Pertama di Kelantan Konvo hari ini : Nak Harapkan Nik Aziz, Sekolah Pondok jerla Org Kelantan!!

Universiti Malaysia Kelantan dibina hasil kerajaan yang tidak perintah Kelantan. Semua maklum bahawa Kelantan diperintah oleh sebuah kerajaan yang sangat sayangkan DAP. Apa yang mereka mampu hanya menyediakan sekolah pondok yang tiada lagi bertujuan membentuk rakyat yang taksubkan Nikkie Aziz.

Sempena dengan konvo UMK hari ini, aku bawakan sejarah penubuhan Universiti sulung di Kelantan ini.


Penubuhan sebuah Universiti di negeri Kelantan telah dijadikan sebagai salah satu komponen dalam Rancangan Malaysia Ke-9 bagi menyokong pembangunan modal insan berkualiti dalam sektor pendidikan tinggi negara. YAB Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan persetujuan kerajaan untuk menubuhkan sebuah universiti di Kelantan dalam pembentangan RMKe-9 pada 31 Mac 2006.

Penubuhan Universiti ini telah mendapat kelulusan daripada Jemaah Menteri dalam Mesyuarat Kabinet pada 14 Jun 2006.  Jemaah Menteri juga telah menetapkan supaya falsafah kurikulum pengajian di UMK berteraskan kepada pendidikan keusahawanan dan perusahaan (entrepreneurship education and enterprises) dalam semua program pengajian. Oleh itu frasa rangsangan seperti “Entrepreneurship is Our Thrust” dan “Entrepreneurial University” digunakan dengan meluas. Pengkhususan pengajian untuk pembangunan jangka masa pendek dan sederhana dikelompokkan kepada tiga bidang pengajian iaitu :

  1. Keusahawanan dan Perniagaan ;
  2. Teknologi Kreatif dan Warisan dan
  3. Agro-industri dan Sains Sumber Asli


Pada masa yang sama penekanan diberi kepada kemahiran bahasa dan kemahiran insaniah. Semua program pengajian bertujuan untuk melahirkan modal insan negara yang berkualiti tinggi (dengan minda kelas pertama) lengkap dengan ciri-ciri keusahawanan. Modal insan yang dihasilkan dimanfaatkan untuk kesejahteraan global dengan memberi perhatian kepada peningkatan keupayaan dan kemampuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) (capability and capacity building of SME) serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat perdagangan berkeusahawanan tinggi. Dalam semua pelaksanaan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) diguna sebagai pengupaya (ICT as an enabler). 

Pertumbuhan Universiti
Kampus Sementara Universiti Malaysia Kelantan di Taman Bendahara mula beroperasi secara rasmi pada 1 Julai 2007 dengan pendaftaran pelajar sulung UMK seramai 295 orang. Pada tahun kedua operasi, iaitu mulai Julai 2008, Universiti telah berjaya mendaftar seramai 332 orang pelajar.

Naib Canselor pertama Universiti Malaysia Kelantan ialah Y. Bhg. Prof. Ir. Dr. Zainai bin Mohamed yang dilantik pada 1 Oktober 2006.


untuk maklumat lanjut klik disini.

Post a Comment