KELANTAN GELAP DI BAWAH JAJAHAN PAS!!

Kisah hari ini aku bawakan isu pertama yang aku sendiri tidak boleh tahan. Kelantan Gelap di bawah PAS? Kenapa aku kata begini. Biarpun berjuta bendera Bulan dipasang, namun jalan raya di sekitar Kelantan PASti gelap. Apa kerja pihak berwajib? Apa pula kerja YB. PAS? dan Apa pula kerja Nik Aziz. Lampu jalan ada, namun lampu tidak menyala. 

Gelap (memangla gelap dah malam), namun bahaya mengundang, bila tiada usaha pihak berwajib menyediakan kemudahan asas ini. Bukan setakat jalan raya GELAP, perumahan taman, kampung semuanya gelap dibawah PAS. Bukankah ini kerja 'TokWakil'. 

GELAP mengundang jenayah. Pecah rumah, kemalangan dan banyak lagi. Ini isu keselamatan dan kemudahan asas. Apakedahnya semua ini?

Aku mungkin orang luar dari kelantan, namun, bila mula masuk kelantan aku dapat rasanya satu dunia yang tinggalan zaman. GELAP. Macam berada di zaman awal kemerdekaan.

Besok, aku akan dedahkan lagi. Bertapa mundurnya kelantan. Jangan lupa untuk ikuti kisah seterusnya. Kelantan Mundur Dibawah PAS.

Post a Comment