Gunting Rambut Punya Hal : Masih BELUM Ada Jawapan @TakiyuddinH? @nikabdulaziz Takkan Diam JER?


Masihkah Kau ingat CINA? DULU TELAH kecoh di Kelantan di kalangan masyarakat Cina tentang larangan laki-laki bergunting rambut dengan perempuan yang bukan isterinya dan bukan juga anaknya.
Ada tukang gunting yang mengadu kerana dia dalam jangka waktu tertentu disaman berbelas kali kerana tukang  gunting amoi menggunting laki-laki yang bukan ayahnya dan bukan juga suaminya.
Ia menarik perhatian pejuang-pejuang MCA, malah ia mengganggu pemimpin dan penyokong DAP yang dipercayai sedang mendapat sokongan pengundi Cina dalam PRU13 nanti. Nasihat  kerajaan negeri Kelantan supaya tukang gunting laki-laki tidak mengurus pelanggan wanita dan tukang gunting perempuan  tidak menggunting rambut laki-laki telah ditafsir oleh setengah orang politik bukan Islam sebagai mencabul kebebasan orang bukan Islam.
DAN APA KEPUTUSAN KERAJAAN PAS KELANTAN?

Kerajaan Pas Kelantan telah mengadakan pertemuan tertutup dengan 10 wakil Gabungan Persatuan Tiong Hwa (GPTH) Kelantan dan Dewan Perniagaan Cina Kelantan (DPCK) bagi mencari jalan penyelesaian berhubung isu saman Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKBBRI) terhadap sebuah kedai gunting rambut di negeri ini. 

Dalam perbincangan selama kira-kira satu jam itu, kerajaan negeri diwakili oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan manakala GPTH dan DPCK masing-masing diwakili oleh Oie Poh Choon dan Goh Tee Chew serta ahli kedua-dua persatuan.
Takiyuddin ketika ditemui selepas itu berkata, kedua-dua persatuan telah memberikan beberapa cadangan kepada kerajaan negeri untuk dilaksanakan.

"Kami menerima beberapa cadangan daripada kedua-dua pertubuhan ini yang akan dibawa ke Mesyuarat Exco minggu depan untuk dibincangkan di peringkat kerajaan.

"Saya ingin maklumkan cadangan yang diberikan adalah baik yang mengambil kira kepentingan semua pihak dan saya yakin kerajaan juga akan buat keputusan tidak lama lagi," katanya.

Bantahan terhadap pelaksanaan undang-undang yang melarang rambut lelaki dipotong oleh wanita timbul selepas seorang pengusaha disaman lebih 10 kali oleh MPKB-BRI kerana membenarkan pekerja wanitanya menggunting rambut pelanggan lelaki, kedua-duanya bukan beragama Islam.

Ekoran saman tersebut, masyarakat kaum Cina di negeri ini menimbulkan rasa tidak puas hati malah Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) sendiri meminta agar pelaksanaan undang-undang itu dikecualikan daripada masyarakat kaum itu.

Sementara itu, ditanya sama ada penguatkuasaan undang-undang itu akan terus dilaksanakan pada masa ini, Takiyuddin berkata, MPKBBRI akan menggunakan budi bicara berhubung perkara itu.

"Jangan letak garam dalam luka. Itu soal kerajaan negeri, itu budi bicara kita dan juga semua pihak. Cuma kita tidak boleh kata sama ada ya atau tidak," ujarnya.
Apa Kata AKU :

"Adehh dehh pas makin teruk. Undang-undang islam sudah dirojakkan. Islam dah jadi bahan ketawa bangsa lain. Terima kasih lah PAS!"

Post a Comment