PENJELASAN KES KEMATIAN LELAKI INDIA DI KAJANG YANG MESTI DIBACA!!


KPD Kajang, ACP Ab Rashid bin Hj Ab Wahab telah menjelaskan hasil bedah siasat menunjukkan punca kematian Sugumaran a/l Chelladury adalah "Coronary Artery Disease', Salur Jantung Tersumbat. Kes kematian ini telah disiasat di bawah Laporan Kematian mengejut. 

Beliau juga telah menjelaskan kejadian kes terjadi pada 23.1.13 jam 6.30 pagi, di mana Balai Pertanyaan Balai Polis Batu 14 Ulu Langat telah menerima panggilan telefon mengatakan terdapat seorang lelaki India sedang mengamuk dan merosakkan harta benda awam. Lelaki yang dimaksudkan adalah Sugumaran. 

Bertindak atas maklumat, pihak polis yang tiba di tempat kejadian telah mendapati Sugumaran sedang berjalan di tengah jalan sambil memegang sesuatu yang dipercayai besi. Pihak polis telah mengekorinya sejauh 2 km dan melihatnya merosakkan harta benda awam dari Taman Sri Nanding ke Taman Desa Raya hingga ke Taman Lagenda Suria. 

Apabila berada di Taman Legenda Suria, Sugumugam telah jatuh di tepi jalan, lalu polis dengan bantuan orang awam telah memegang dan menggarinya kerana masih bertindak agresif dan cuba bergelut sewaktu ditahan.

Selepas itu, pihak polis telah mendapatkan kenderaan untuk membawanya ke balai, akan tetapi telah mendapati Sugumaran tidak sedar diri dan disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai kesihatan yang hadir di tempat kejadian.