@anwaribrahim TUBUHKAN INSTITUT PERJUANGKAN HAK ASASI & PELUANG YANG SAMA



PKR Lancar Institut Rakyat – sebuah badan penyelidikan yang independen (INDEPENDEN KER?). Walau diwujudkan oleh KEADILAN, Institut Rakyat (IR) adalah independen berdasarkan punca kewangan dan juga hasil penyelidikan yang dijana TIDAK DIJELASKAN DENGAN TERPERINCI, TAKKAN HASIL TABUNG CERAMAH KOT?. Objektif utama IR adalah untuk memberikan perspektif yang seimbang kepada badan eksekutif parti (KATA BADAN INDEPENDEN TAPI APASAL ADA WORD "parti"?.

Institut Rakyat akan menawarkan pandangan serta saranan dasar-dasar kepada KEADILAN. Hal ini seiring dengan visi sebuah Malaysia yang mekar di dalam suasana pertumbuhan ekonomi mapan serta perkembangan sosial, alam sekitar dan perhubungan kaum dan agama yang harmoni.

Institut ini merupakan hasil usaha pelbagai individu dan orang ramai yang terlibat di dalam kajian dasar, kertas kerja, dan juga penulisan-penulisan yang dihasilkan oleh ramai sukarelawan, pelajar-pelajar praktikal, dan pekerja-pekerja parti dalam beberapa tahun. Inisiatif terbaru ini berfokuskan kepada memperkuatkan asas kepimpinan yang berdasarkan dasar-dasar yang kukuh. (UNTUK SAPA? PKR?)

Kami didorong oleh keperluan untuk adanya dasar-dasar yang berpandukan kefahaman yang mendalam dari segi pembangunan manusia, keadilan sosial, hak-hak asasi dan peluang yang sama.

Post a Comment