Edisi Firaun Bagi BR1M : @abdulhadiawang Semakin MENGARUT!!



Memang amat melampaui batas. Sesudah diumpamakan seperti ayam dan lembu, dipanggil dengan gelaran bodoh, dipanggil dengan gelaran ikan bodoh kemudian cakap pemberi BR1M macam Firaun

Dulu pembangkang pernah gelar Tun Mahathir dengan gelaran Mahafiraun. Bermacam macam dipanggil kepada Tun Mahathir, sampai ada yang tuduh bukan bukan kepada Tun M. Akhirnya bila keputusan pilihan raya pada 1999 memihak kepada BN, pembangkang senyap.

Kini, mereka ketandusan idea. Terdesak untuk ke Putrajaya hingga hilang pertimbangan akidah dan agama. Sanggup politik kan kalimah Allah, sanggup benarkan DAP tanding lebih 150 kerusi dan paling teruk menghina penerima BR1M seperti haiwan.

Nik Aziz dan Hadi Awang menghina rakyat Malaysia pelbagai kaum yang menerima BR1M.

Mengguris hati orang Melayu di sawah, menghina masyarakat Cina, mengeji masyarakat India. Guan Eng juga pernah beri RM100 di Pulau Pinang, Khalid Ibrahim pernah beri RM100 untuk shopping di Selangor dan Nik Aziz sendiri pernah beri duit pada masyarakat orang asli di Kelantan. Apa pula gelaran untuk habuan sebegitu?

Nik Aziz sudah keterlaluan, Hadi Awang sudah hilang pertimbangan. PAS akan diajar oleh rakyat kerana keceluparan mulut mereka. Apa yang berlaku pada 1999 akan berulang kembali. Dalam diam rakyat majoriti akan mengajar kebiadapan Nik Aziz dan Hadi Awang.

credit to IPS

Post a Comment