GELOMBANG BIRU YANG DIGERUNI @anwaribrahim!!



Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat supaya memberi undi kepada parti yang diyakini mampu menunaikan janji dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Menurut Perdana Menteri, aspek kepercayaan dalam kehidupan amat besar maknanya dan sebarang urusan antara manusia juga bermula dengan kepercayaan termasuklah sewaktu memilih kerajaan.

Sehubungan itu katanya, setiap undi tidak boleh dipersia-siakan dan perlu diletakkan nilainya berasaskan kemampuan pihak yang membuat janji.

"Kita yakin kemakmuran yang dihasratkan oleh kita, kesejahteraan yang diidamkan oleh kita akan hanya tercapai sekiranya kita memilih sebuah parti yang mampu membentuk kerajaan.

"Kerajaan itu pula adalah kerajaan yang terbukti membawa perubahan besar kepada negara yang kita sebut sebagai transformasi dan kerajaan yang apabila berjanji, janjinya ditepati," katanya dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Padang KPS Lama, di sini hari ini.

Yang hadir sama, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Dalam majlis itu, Najib turut menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 15 penerima.

Mengulas lanjut, Najib berkata, label 'Janji Ditepati' kini sudah melekat dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) sekali gus membuatkan pembangkang berasa gelisah dengan slogan tersebut.

Katanya, kegelisahan pembangkang itu disebabkan prinsip tersebut tidak hanya menjadi slogan malah sudah dihayati, diamalkan dan dilaksanakan kerajaan BN.

Sebaliknya jelas beliau, pembangkang masih gagal menunaikan janji-janji yang dibuat dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 di empat buah negeri yang dikuasai mereka.

Secara spesifik, beliau menyebut mengenai saman yang dibuat rakyat Selangor terhadap kerajaan negeri itu kerana tidak mengotakan janji pembayaran elaun ibu tunggal, pemberian air percuma dan elaun RM50 untuk pendidikan prasekolah.

"Kalau itu di Selangor, tidak mustahil di Sarawak juga mereka tidak akan tunaikan janji mereka.

"Di Kedah pun begitu, di Kelantan sudah ada gelombang merah, di Pulau Pinang mereka sudah mula kecewa, maka di Sarawak Bumi Kenyalang yang selama ini bumi BN, pastikanlah kekal dalam tangan BN," katanya. - Utusan Malaysiaku sayang


p/S: Mohon kepada rakan2 bloggers ayuh kita alunkan Gelombang Biru serta pamerkan logo di atas di blog masing2 dan jangan lupa kibar bendera BN di perkarangan rumah sebagai tanda sokongan padu!...yezzekkkkk >:]

Sumber : http://jeffrydamien09.blogspot.com

Post a Comment