Persoalan yang Masih BELUM TERJAWAB dari Pemecatan @nasharudin


Masih ramai lagi yang mempersoalkan pemecatan Nasharudin Mat Isa dari Majlis Syura PAS. Tidak kurang ramai juga yang meletakkan punca pemecatan Nasharudin Mat Isa adalah dari Ketidakikhlasan beliau dalam perjuangan PAS. 

Apa yang pasti tindakan beliau berpeleseran dengan pimpinan UMNO memang menimbulkan kegelisahan di kalangan PAS. PAS sudah bersama dengan PR tetapi beliau kelihatan lebih cenderung untuk bersama pimpinan UMNO. 

Pendirian Nasharudin Mat Isa untuk masih bersama PAS walaupun telah dipecat dari Majlis Syura diangkat sebagai kemenangan moral dan membuktikan perjuangan PAS terletak dilandasan yang betul. 

Persoalan perlu dijawab adalah apakah punca sebenar pemecatan Nasharudin Mat Isa? Jika alasan tidak hadir mesyuarat digunakan untuk memecat Nasharudin, mengapa salah seorang ahli Majlis Syura Ulama Pas iaitu Datuk Mohamed Daud Iraqi yang juga sering tidak hadir mesyuarat tidak dikenakan tindakan sama.Sepatutnya Daud Iraqi juga wajar dipecat kerana sering tidak hadir dalam mesyuarat. 

 Bagaimana pula tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sering keluar mesyuarat awal dengan pelbagai alasan. Paling lama sepuluh ke 15 minit. Adakah ini dibolehkan? 

Satu lagi perkara yang boleh dipertikaikan kata sumber itu, Pas tidak mengikut tata cara pemecatan yang betul kerana Nasharudin sebelum dipecat tidak diberi surat tunjuk sebab dan haknya untuk membela diri. 

Dalam pada itu sumber tersebut berkata, sekiranya tindakan Nasharudin mengiringi Perdana Menteri ke Gaza dianggap satu kesalahan, dua lagi pemimpin kanan Pas juga perlu dikenakan tindakan sama kerana mengiringi seorang Menteri Kabinet ke Eropah baru-baru ini.

Post a Comment