Alhamdulillah : Solat Hajat Keamanan seluruh negara BUKTI UMNO ISLAM!! PAS tak buat ker? Padang kosong banyak tew...



Kuala Lumpur: Ribuan umat Islam semalam mengadakan solat hajat memohon keamanan dan perlindungan kepada pasukan keselamatan yang bertugas mempertahankan tanah air daripada pengganas yang menceroboh Lahad Datu, Sabah. 

Di Putrajaya, kira-kira 2,000 jemaah hadir pada majlis anjuran Perbadanan Putrajaya bermula selepas solat Isyak di Masjid Putra, Presint 1. 

Solat hajat dan tahlil yang diketuai Imam Besar Masjid Putra, Abd Manaf Mat turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa; Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat serta bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin 

500 jemaah hadir 

Di ibu negara, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mengadakan majlis sama di Masjid Jamek Kampung Baru selepas solat Maghrib. 

Program dimulakan dengan solat hajat disusuli bacaan tahlil dihadiri kira-kira 500 jemaah terdiri daripada penduduk tempatan, warga kota serta ahli badan bukan kerajaan (NGO). Hadir sama, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali. 

Beliau berkata, program diadakan sebagai tanda sokongan tidak berbelah bagi rakyat terhadap pengorbanan pasukan keselamatan negara yang bertungkus lumus mempertahankan kedaulatan tanah air. 
Katanya, majlis berkenaan juga diadakan sempena memperingati pemergian perwira negara yang terkorban dalam operasi keselamatan di Kampung Siminul, Semporna dan Kampung Tanduo di Lahad Datu. 

Bacaan Yasin 

Di Marang kira-kira 300 umat Islam di daerah berkenaan mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin untuk pegawai dan anggota pasukan keselamatan yang terkorban. 

Solat hajat anjuran Wanita UMNO bahagian Marang diadakan di Masjid Haji Muda, Binjai Rendah selepas solat Zuhur. 

Hadir sama Ketua Wanita UMNO bahagian itu, Senator Zaiton Mohd Amin; Imam 1 Masjid Haji Muda, Rahim Abd Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Ismail Sulaiman. 

Di Pasir Mas, Kelantan, majlis solat hajat turut diadakan di Masjid Hutan Chengal, Pasir Mas, selepas solat Zuhur. 

Pada majlis itu, PERKASA turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM6,000 kepada Tabung Wira Lahad Datu Media Prima. Sumbangan diterima wakil Media Prima Berhad, Mohd Faiz Aizat Azali.

Post a Comment