Bukan GIMIK POLITIK LAHAD DATU!!! : dR ROZMEY Sumbang RM150K kepada Wira Negara!





Pada 4 Mac 2013 telah berlangsung majlis penyerahan cek bernilai RM 150,000.00 daripada dR ROZMEY GROUP (dRG) kepada wira negara yang terkorban dalam serangan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah iaitu Inspektor Zulkifli Mamat dan Kpl Sabarudin Daud.Sumbangan ini akan diserahkan kepada keluarga wira negara sebanyak RM 15,000.00 tunai setiap seorang dan RM 5,000.00 kepada tiga anggota komando polis yang tercedera dalam pertempuran iaitu Kpl Mohd Tarmizi Hashim, Kpl Azman Ampong dan Konstabel Mohd Qaiyum Aigal Zulkifli. 

Penyerahan cek itu diterima oleh YDH DCP Dato' Ahmad bin Ibrahim Ketua Polis Kedah. Majlis ini diadakan di IPK Kedah dihadiri oleh YDH SAC Dato' Abdul Ghafar bin Rajab Timbalan Ketua Polis Kedah, Ketua-ketua jabatan IPK, Ketua-ketua Polis Daerah dan pegawai kanan polis. 

Menurut Datuk Dr Che Rozmey "Sumbangan ini tiada nilai jika hendak dibandingkan dengan jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan negara yang bertarung nyawa mempertahankan kedaulatan negara khususnya kepada kedua wira negara yang terkorban. Kita tidak setuju dengan kenyataan pihak tertentu yang menganggap peristiwa ini adalah gimik politik. 

Pihak kami akan menyumbang polisi insurans pendidikan dengan pembiayaan bulanan sebanyak RM 200.00 sebulan kepada kedua-dua anak Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat sehingga umur mereka mencecah 18 tahun yang bernilai RM 75,000.00.

By: PDRM Kedah

Post a Comment