Eddie Hamid Dilarang Kelik Klate kerana “Bo La Wei”?


Nampaknya semakin hari, semakin ramai artis tempatan dikecam gara-gara memuat naik video berunsur politik di laman YouTube.

Sekiranya sebelum ini Salih Yaacob dan Yassin, terbaru penyanyi yang terkenal menerusi lagu “Halimah Jongang,” iaitu Eddie Hamid telah dikecam oleh segelintar penduduk Kelantan gara-gara memuat naik video berjudul “Bo La Wei.”

Menurut laporan sebuah media tempatan, Eddie Hamid dikatakan dilarang balik ke kampung halamannya (Kelantan) buat sementara waktu.

Dalam pada itu, Eddie Hamid turut mengatakan yang dia terpanggil untuk menghasilkan lagu tersebut setelah melihat kemunduran negeri Kelantan sejak dahulu lagi.

 Pada mulanya saya takut juga. Tetapi saya nak balik juga dan tengok sendiri bagaimana lagu ini mencetus fenomena di Kelantan. 
Saya terpanggil untuk menghasilkan lagu setelah melihat kemunduran Kelantan sejak dahulu lagi. 
 Lagipun peluang pekerjaan yang terhad menyebabkan anak Kelantan ramai berhijrah ke luar untuk mencari rezeki - Media Hiburan

Berikut kami tampilkan lagu “Bo La Wei” untuk tatapan anda semua.



sumber : http://www.ohbulan.com

Post a Comment