Kematian Bala Sandiwara PKR? - Macam Ayat Tian Chua jer...


.

Enam anggota polis hari ini hadir ke pejabat Suara Keadilan di Cheras dipercayai berhubung kenyataan Naib Presiden Tian Chua yang mengaitkan Umno dengan krisis di Lahad Datu - yang didakwa dikeluarkannya.


 Anggota keselamatan itu tiba di pejabat lidah rasmi PKR itu kira-kira jam 10.15 pagi dan memaklumkan bahawa mereka mempunyai waran geledah kepada kakitangan akhbar itu. Bagaimanapun, kakitangan Suara Keadilan memberitahu Malaysiakini bahawa polis diminta untuk berurusan dengan peguam Latheefa Koya.

 "Polis ada menghubungi dengan peguam. Kemudiannya mereka beredar daripada pejabat Suara Keadilan," kata kakitangan itu. Pihak polis tidak mengambil apa-apa daripada pejabat tersebut selepas berada kira-kira 20 minit di situ, tambah kakitangan itu lagi.

Post a Comment