UPDATED : APA PENJAWAT AWAM DAPAT DARI #MAPPA?

REFRESH UNTUK MAKLUMAT TERKINI

 

Berita gembira yang dinanti-nantikan pasukan keselamatan negara itu sedang diumumkan pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke - 13 (MAPPA XIII) di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini :

Untuk Warga ATM dan Polis (PDRM):
  • Berkuat kuasa 1 Januari 2013, kerajaan setuju pangkat anggota di Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disetarakan dengan gred perkhidmatan awam lain.  Perdana Menteri berkata, ia mencakupi skop tugas, struktur pangkat dan kelayakan ATM dan PDRM.
  • Gred jawatan dan gaji mejar dalam ATM dan timbalan superintendan PDRM dalam Gred 41, disetarakan dengan gred 46A dalam perkhidmatan awam.
  • Gred jawatan dan gaji sarjan dalam ATM dan PDRM yang kini dalam Gred 17, disetarakan dengan Gred 22 perkhidmatan awam. Datuk Seri Najib berkata, melalui penyelelarasan gred itu, gred jawatan dan gaji koperal dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan Gred 22 perkhidmatan awam.
  • Jawatan Kapten ATM dan Superintendan PDRM dalam Gred 41 kini disetarakan dengan Gred 44 perkhidmatan awam.
  • Gred jawatan dan gaji kolonel ATM dan Asisten Komisioner (ACP) polis yang kini dalam Gred 48, disetarakan dengan Gred 52 perkhidmatan awam
Untuk Kakitangan Awam Berstatus Kontrak:
  • Kakitangan awam yang kontraknya tamat pada 31 Disember 2013 akan disambung selama setahun lagi.
    • Kira-kira 50,000 kakitangan kontrak yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember tahun ini akan disambung setahun lagi sementara kajian menyeluruh dilaksanakan.
Untuk Semua Penjawat Awam:
  • Kerajaan setuju beri kaedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan yang diawalkan pada 1 Julai 2013 kepada semua penjawat awam.
  • Semua struktur gaji maksimum diperuntukkan tambahan kenaikan gaji tahunan sebanyak 3 kenaikan berkuatkuasa 1 Jan 2013. Kenaikan itu membabitkan 182,434 penjawat awam yang berada pada paras gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat menikmati KGT.

Konstabel (N17) ialah RM1,013 hingga maksimum RM2,613.61 bagi P1
manakala P2 (RM1,0851.56 – RM2,681.56), P3 (RM1,151.46 – RM2,751.46) 
manakala Lans Koperal (N22) antara RM2,164.44 – RM3,321.99 bagi P1 
dan P2 (RM2,325.10 - RM3,657.02).
Untuk Koperal (N26) pula antara RM2,482.33 – RM3,496.05 bagi P1 dan P2 (RM2,719.90 – RM3,815.70). 

Bagi Sarjan N29 (lantikan) ialah antara RM1,710.39 hingga RM4,335.62.

Post a Comment