BONGKAR SENARAI CALON PAKATAN RANJANG : PERMATANG PAUH MILIK Nurul Nuha ANAK ANWAR?


SENARAI CALON KEADILAN 

1. Gombak - Azmin Ali (penyandang)
2. Paya Besar - Murnie Hidayah Anuar
3. Indera Mahkota - Fauzi Abdul Rahman
4. Batu - Tian Chua (penyandang)
5. Sembrong - Onn Abu Bakar
6. Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein (belum diumumkan)
7. Pasir Gudang - Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid (belum diumumkan)
8. Selayang - William Leong Jee Ken (penyandang)
9. Kuala Kedah -  Dr Azman Ismail 
10. Kuantan - Fuziah Salleh (penyandang)
11. Padang Serai - N Surendran
12 .Bagan Serai - Dr Mohd Nor Manutty
13. Pasir Salak - Mustafa Kamil Ayup
14. Gopeng - Dr Lee Boon Chye (penyandang) 
15. Kulim-Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail (bertukar dari parlimen Machang)
16. Sungai Petani - Johari Abdul (penyandang)
17. Ampang - Zuraida Kamarudin (penyandang) 
18. Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari
19. Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (penyandang)
20. Pandan - Rafizi Ramli
21. Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin
22. Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh
23. Saratok - Ali Biju                     
24. Hulu Rajang - Abun Sui Anyit
25. Baram - Roland Engan
26. Limbang - Baru Bian
27. Nibong Tebal - Mansor Othman (belum disahkan)
28. Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong (belum diumumkan)
29. Setiawangsa - Ibrahim Yaacob (belum diumumkan)
30. Segamat atau Kulai - Dr Chua Jui Meng (belum disah dan diumumkan)
31. Batu Pahat - Syed Hamid Ali (belum disah dan diumumkan)
32. Alor Setar - Gooi Hsiao Leung

SENARAI CALON DAP

1. Gelang Patah - Lim Kit Siang
2. Bukit Gelugor - Karpal Singh
3. Serdang - Teo Nie Ching (penyandang)
4. Beruas - Ngeh Koo Ham (penyandang)
5. Kluang - Liew Chin Tong
6. Ipoh Timur - Thomas Su (belum disah dan diumumkan)
7. Ipoh Barat - Wong Kah Woh (belum disah dan diumumkan)
8. Batu Gajah - V Sivakumar (belum disah dan diumumkan)
9. Bentong - Wong Tuck
10. Seputeh - Teresa Kok (penyandang) 
11. Puchong - Gobind Singh Deo (penyandang)

SENARAI CALON PAS 

1. Marang - Tuan Guru Abdul Hadi Awang (penyandang)
2. Arau - Tuan Guru Haron Din
3. Shah Alam - Khalid Samad (penyandang)
4. Kota Raja - Dr Siti Mariah Mahmud (penyandang)
5. Pulai - Salahuddin Ayub
6. Padang Terap - Mohd Nasir Zakaria (penyandang - belum diumumkan)
7. Pendang - Mohamad Sabu (belum disah dan diumumkan)
8. Kuala Nerus - Ust Dr Khairuddin At-takiri (belum diumumkan)
9. Rantau Panjang - Siti Zailah Mohd Yusof (penyandang)
10. Tumpat -  Dato’ Haji Kamarudin Jaffar (penyandang)
11. Kuala Krai - Dr Haji Mohd Hatta Ramli (penyandang)
12. Parit Buntar - Datuk Ustaz Haji Mujahid Haji Yusof Rawa (penyandang)



Dari pada senarai yang BOCOR diatas, masih banyak parlimen yang dikosongkan. Antaranya Parlimen KHAS buat anak Anwar Nurul Nuha yang bakal dipertaruhkan di Permatang Pauh.


Jeneral bersara yang baru saja memulakan kempen mee segara sejak peristiwa pencerobohan Lahad Datu terus diletakkan di Parlimen Johor dan Pasir Gudang. Ternyata jeneral2 pencen ini lebih disayangi Anwar berbanding yang telah bejuang bermatian-matian dengannya tidak mendapat tempat. Dengan perletakkan Jeneral Bersara di Johor sekaligus menidakkan nasib Chua jui Meng, Pengerusi PKR Johor.

Bagi kawasan Bandar Tun Razak yang disandang Khalid Gagap, masih lagi dikosongkan. Ini jelas menunjukkan cubaan bagi meminggirkan Khalid Gagap oleh Azmin berjaya sehingga nama Khalid disingkirkan. Adakah akan ada Jeneral Bersara yang bakal mengisi Parlimen ini?

Bagi DAP pula yang bijak mengorak langkah dengan menyatakan kononnya Perlis dan Negeri Sembilan adalah target seterusnya PR sebenarnya TIDAK. Yang menjadi pujaan hati DAP adalah kawasan bandar dan negeri maju, mana mungkin Perlis, yang pastinya JOHOR! Buktinya Lim Kit Siang sendiri meninggalkan kerusi lamanya dan bertanding di Gelang Patah.

Post a Comment