Lapan Parlimen di kawasan campuran yang kebanyakannya
dikuasai PKR dan DAP pada 2008 akan menyaksikan pertembungan tiga
penjuru apabila sebuah NGO serpihan Jemaah Islah Malaysia (JIM)
memutuskan meletakkan calon mereka dalam pilihan raya 5 Mei ini.
Menggunakan logo Barisan Jemaah Islamiah Malaysia (BERJASA), parti
serpihan PAS pada 1977, Ikatan Muslim Malaysia (ISMA) semalam
mengumumkan lapan calon Melayu berstatus "ustaz" bagi bersaing dengan
calon bukan Islam daripada PKR, DAP, MCA dan MIC.
Pengerusi Biro Politik ISMA Aminuddin Yahaya mengumumkan, NGO itu
akan bertanding di Parlimen Seremban Subang, Selayang, Alor Setar,
Padang Serai, Tapah, Kapar dan Wangsa Maju, Alor Setar dan Tapah.
Kecuali Seremban yang dimenangi DAP, Alor Setar (MCA) dan Tapah
(MIC), semua kerusi di atas milik PKR. Di Wangsa Maju, anggota
Parlimennya Wee Choo Keong yang menang atas tiket PKR pada 2008 memilih
menjadi wakil bebas.
ISMA bertanding di kawasan itu atas alasan untuk memberi pilihan
kepada orang Islam memilih seorang Muslim sebagai wakil mereka,
seterusnya menambah bilangan ahli Parlimen golongan itu dalam Parlimen.
"Kita bertanding di kerusi-kerusi yang majoritinya orang Islam tetapi
calon-calon (yang bertanding pada pilihan raya 2012) bukan orang
Islam," kata Aminuddin sambil menegaskan mereka sedia menarik diri jika
ada calon beragama Islam digantikan di kawasan itu.
Selain Wee di Wangsa Maju, penyandang lain daripada termasuklah: R
Sivarasa (PKR-Subang), William Leong (PKR-Selayang), S Manickavasagam
(PKR-Kapar), John Fernandez (DAP-Seremban), N Gobalakrishnan (PKR-Padang
Serai), Datuk Seri Chor Chee Heung (MCA-Alor Setar), M Saravanan
(MIC-Tapah).
Pemerhati politik berpendapat, langkah ISMA itu berpotensi memecahkan
sedikit undi Melayu di kawasan terbabit, walaupun tidak dapat
dipastikan memberi kelebihan kepada pihak mana.
Pendapat aku melayu Islam wajib sokong apa juga parti yang berhadapan dengan DAP mahupun PKR. Ini kerana musuh utama Islam adalah DAP racis ini.
Post a Comment