DAP dan pengkhianatan kepada negara ini, bukannya baru. Dari zaman Lim Kit Siang masih menjadi Setiausaha Agung parti tersebut dan sekarang jawatan tersebut diwarisi oleh anak lelakinya, DAP tidak pernah menumpahkan kesetiaan kepada negara ini. Walaupun parti tersebut terlibat dalam proses pilihanraya negara ini, tetapi DAP sekadar ingin merebut kuasa dan seterusnya bertindak sebagai PENJAJAH sepertimana yang dilakukan oleh Lim Guan Eng dan Teresa Kok di Pulau Pinang dan Selangor.
Tiada sebarang usaha yang dilakukan untuk menambahbaikkan taraf kehidupan rakyat, sebaliknya para pemimpin DAP sentiasa memastikan kantung mereka berisi tebal menerusi pemberian projek bernilai berbilion-bilion ringgit kepada syarikat-syarikat kroni.
DAP dan Singapura memang tidak dapat dipisahkan. Sebabnya seperti semua orang tahu, DAP merupakan proksi PAP pimpinan Lee Kuan Yew yang diterajang keluar oleh Malaysia pada tahun 1965 selepas Lee Kuan Yew yang berasal dari Johor, berkempen untuk menghapuskan Melayu-Bumiputera, Islam, Bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu-Bumiputera-Islam. Malah Lee Kuan Yew jugalah yang mempopularkan teori bangangnya, konon Melayu juga seperti Cina dan India, merupakan pendatang di negara ini.
Taktik keganasan sepertimana yang berlaku di Singapura pada tahun 1964 semata-mata untuk menghalau Melayu keluar dari sesebuah kawasan, menyebabkan Malaysia terpaksa mengambil jalan berat, singkat dan dilihat tidak popular langsung memandangkan Singapura memang semulajadinya adalah sebahagian daripada Tanah Melayu malah di pulau tersebut pernah wujud beberapa kesultanan dan kerajaan Melayu.
Keputusan DAP untuk meletakkan Lim Kit Siang di Gelang Patah yang sekarang ini sedang menarik lebih ramai penduduk berketurunan Cina ke kawasan yang telah dibangunkan oleh UMNO dan Barisan Nasional, membuatkan DAP semakin dekat dengan Singapura. Apatah lagi, DAP memang bercita-cita hendak Singapura bergabung kembali dengan Malaysia dengan sekurang-kurangnya 87 Kerusi Parlimen sudah ada dalam tangan mereka bagi membolehkan DAP secara bersendirian mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen Malaysia.
Bayangkanlah apa yang akan berlaku sekiranya, DAP berjaya memperolehi dua pertiga majoriti. Sedangkan dengan jumlah kerusi yang mereka kuasai sekarang pun, DAP sudah jadi kelingking berkait telunjuk mencucuk mata. Dan yang pastinya, nasib Melayu-Islam-Bumputera di negara ini tidak ubah seperti rakyat Palestin di negara mereka sendiri.
Itu adalah pasti memandangkan Lim Guan Eng telah pun melakukannya di Pulau Pinang sekalipun cuba dikaburi oleh para pencacai upahan berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Dilaporkan pada 11 April 2013, dari jam 4:00 petang sehingga 10:00 malam, DAP akan melancarkan kempen balik mengundi di Singapura. Lokasinya adalah Bugis Junction, Bugis Street dan Bugis MRT. Butiran lanjut boleh anda dapati di www.facebook.com/DapGelangPatah?ref=ts.
Sasaran DAP adalah 4 ribu rakyat Malaysia yang mendaftar undi di Gelang Patah, di Singapura!
Kesian Melayu… satu lagi kawasan Melayu yang bakal terbang dan Melayu jadi kelas kedua seandainya cubaan DAP tidak dihalang!
Jangan pula nanti, Gelang Patah maju, Melayu Gelang Patah merempat sepertimana Melayu Pulau Pinang dan akhirnya menjadi anjing belaan seperti para pecacai Lim Guan Eng yang terdiri daripada Melayu beragama Islam yang akan sentiasa menjilat dan memastikan tuan mereka mencampakkan tulang kepada mereka!
SUMBER : SEL13
Post a Comment